Qhaliff akan pakai buku buku di bawah ini.. Masalahnya , orang dah lama beli dah ! Sebab pendaftaran untuk tadika lama dah dibuat tapi aku terlambat buat ! Hahahaha… dok ingat anak kecik lagi gitu haaa..
Dikhabarkan pada kami suami isteri , yang buku ni ada dijual di kedai kedai buku ternama. Bila kata gitu , tarik nafas lega la.. Nak cari di Alamanda.
Dan semalam , wife kuar waktu lunch dan tgk di MPH Alamanda. Pastu dia text aku.. bagitau yang BUKU DAH TAKDA STOK ! What ?????? Ah , sudah..
Aku yang kebetulan berada di sebuah mall area WangsaMaju terus cari di sana. Dan berjaya jumpa buku IQRA jer. Yang lain dua memang abis stok !
Aku mengaru-garu kepala yang takda rambut ni. Camana eh? Hurmm.. kena cari cepat sebab Jumaat ni kitorang outstation. Ada trip family untuk penutup tahun 2016. Hurmm..
Tiba-tiba wife text sekali lagi. Masalah selesai. Dia dah beli secara online di MPH ONLINE jer..
Selesai masalah ! Huuhuh.. Alhamdulillah. Qhaliff pon dah tak sabar nak pergi sekolah ! Siap tidur pun pakai baju sekolah selepas pulang dari daftar ari tu.