Bila aku diminta untuk ke pejabat JAL di Menara OUA nun di Bangsar , aku jadi sedikit cuak ! Secara jujurnya , ini pertama kali aku punya trip ke luar negara tanpa blogger lain ! Aku sorang je nak oiiiii ! Opkos la cuak ! Takda geng ! Tapi peluang untuk aku berkembang lebih besar.. hahaha... Yesss ! Yelah , 10 top agen travel akan turut ke sana.. bayangkan peluang yang terbuka luas nanti ! Haaaa !
Awal pagi , aku bertolak dari Sepang ke Cheras. Sampai umah mak aku , jam 8.30 pagi. Ada banyak masa lagi. Ngantuk satu hal... lapar satu hal ! Hahaha.. nak makan , agak sedikit cuak. Kenapa ? Cuak weh nak meeting ngan orang Jepun yang penuh disiplin ni... Bayangkan pada email dah tertera 11 am SHARP ! Amik kauuu.. SHARP tuuu.. bukan PANASONIC... bukan LG tapi SHARP !
Bermakna aku kena ada kat pejabat dalam jam 1045 gitu.. selebihnya aku leh tenangkan diri..
Tengok jam.. baru 9 pagi. Ada masa setengah jam untuk lelapkan mata jap..Sedapnya tidur ! Tiba-tiba terjaga.. tengok jam.. 10.15 pagi ! What ????? Oh noooo... terus gi basuh muka.. pakai kemeja. Nasib baik dah mandi awal awal...
Pasang Waze.. dari rumah ke Bangsar , cuma 12km tapi amik masa setengah jam. Gulp ! Ah, sudahh... Memandu dengan hati hati... Biar sampai tanpa ada kecelakaan ! Hehehhe... Dan rupa rupanya... kalau naik LRT Kelana Jaya , aku cuma perlu turun kat Bangsar jer ! Adehhh.. Lagi mudah! Tak perlu aku kalut kalut dan paling penat nak cari parking ! Huhuhu..
Alhamdulillah.. aku sampai seperti yang dijadualkan.. 10.45 pagi. Aku dapat rehat dan tenangkan diri. Dan membaca majalah mengenai Fukushima, salah satu tempat yang bakal aku kunjungi kelak..InshaAllah.
Cantik ! Aku cuba google sebelum ni mencari info mengenai Fukushima tapi yang aku jumpa kebanyakkannya semua pasal kecelakaan 2011 tu jer.. Hurmm... Bila tengok majalah ni , baru nampak , cantik rupanya Fukushima ni ! Tak sabar pulak aku nak gi sana..
Jam 11 pagi.. dua pegawai JAL masuk ke bilik. Dan mereka sangatlah peramah ! Huhuhuh.. Asyik senyum dan ketawa je mereka. Soalan soalan mereka serius tapi aku jawab dengan selamba jer.. namun memberikan keceriaan pada mereka.
Dan yang membanggakan aku ialah salah seorang dari mereka , bagitau aku yang dia ada membaca entri entri aku di blog.. dan sangat sukakannya... 'down to earth' katanya. Tetiba bersemangat aku nak update blog pasni ! Hahahaha..
Pelbagai topik dibuka mengenai trip kali ini dan paling aku suka ialah ianya berlaku di musim luruh atau Autumn. Fuh , memang aku lama dah sangat nantikan musim ni. Kalau nak gi bercuti pada musim ni , memang tak mampu la nak oiiiii !
Aku diberi itenary. Diperjelaskan segalanya dan aku sukakannya... sangat sangat ! Malah aku ada banyak masa untuk jelajah kawasan tu sendiri nanti.. Persoalannya , beranikah aku seorang diri nak merayau ? Hahahaha...
Jam 1200 .. selesai ! Entah berapa kali aku angguk ucapkan terima kasih pada mereka. Heheheh... Dalam hati aku... WOW ! Tak sangka... serius tak sangka.. Aku cuma seorang blogger tapi aku nikmati keindahan ini.. huhu... segalanya atas tiket JAPAN AIRLINES... sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka dunia !
Hantuk dahi kat dinding jap.. moga bukan mimpi semua ini.. huhu..