Sebelum ni , aku pernah kritik Sinar Pagi yang mana penyampai terdiri dari Salleh Yakob dan sapa tah... tak ingat aku. Kemudian bertukar ngan geng Sepahtu.. pergh , lagi teruk ! Makin buat aku nak bertukar ke channel lain jer. Bila lagu berkumandang , aku kembali dengar Sinar. Hahahahah.... Apa nak buat , old timer la katakan.
Tapi kebelakangan ni.. aku rasa dah berbulan gak la.. aku je tak perasan mungkin... Sinar Pagi yang terdiri dari team Sepahtu ( Shuib , Jep dan Rahim ) bertambah bagus dan matang. Tiada lagi sembang kosong.. gelak syok sendiri dan mengarut tanpa hala tuju. Sekarang , berisi dan kehadian tetamu jemputan terdiri dari pakar motivasi dan ustaz juga sangat bermanfaat !
Aku harap , mereka dapat banyakkan lagi info info dan kurangkan la jemput artis artis dok promote album tu.. Jemput pakar bahasa ke... tak kisah la apa pakar sekali pun... asalkan pakar dan berguna maklumat untuk pendengar.. Secara tak langsung , mereka sendiri pun dapat ilmu kan ? Maklumlah, penyampai radio ni kena 'berisi'... kan kan ?
Sekali lagi.. tahniah buat team Sinar Pagi dan juga buat penyampai Sinar yang lain.. Anda terbaik !