Bangun dari tidur terus fasih berbahasa Korea !

by - Isnin, Februari 06, 2012

 

SubhanAllah . Semalam pasal menjadi tua dalam masa beberapa hari , dan hari ni lak pasal seorang budak mengalami kemalangan jalanraya   baru-baru ni , mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dengan fasih sedangkan dia tak pernah belajar langsung bahasa bahasa tersebut !! Kuasa Allah ..

image

Antara bahasa yang dia mampu bertutur  ialah Korea dan Mandarin ! Perghh .. K-POP arr pasnih !! Hahaha .. Ok , ok ..serius balik .. Noraini Ismail 17 , dikatakan memperolehi kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang  ketika perjalanan pulang dari sekolah..

Kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.Selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Dan , ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.

Part ni menarik ! Pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea !!

Menurut ayahnya ,  Noraini meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

Selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, keluarga Noraini meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Dan , kalau dulu dia cakap dalam loghat Kelantan tapi selepas kemalangan tu dia tak boleh langsung kecuali bahasa Melayu standard ! Hehehe ..

Haaa .. nak tau dengan lebih lanjut ? Korang baca la sendiri kat SINARHARIAN ni la eh ..

You May Also Like

17 comments

  1. perghh . Hebat lahh . Tergamam sejenak !

    BalasPadam
  2. hahaha..x payah susah2 blaja 3rd language..

    BalasPadam
  3. subhanallah ~! Alor Lintang tu dekat je dgn kg saya... saya dari besut jugak ,, hehe dan peminat KPOP ;)
    Beruntung lah dia dapat kelebihan mcm nie ... inilah hikmah disebalik kemalangan itu ~

    BalasPadam
  4. salam..
    kisah ni terjadi pada member saya sendiri. lepas kemalangan dia memang pandai ckp b.inggeris dan bahasa2 lain sdgkan sebelum xcident mmg xtau langsung bhs2 tu..selain tu dia x ingat aper2 termasuk x kenal mak dia sendiri..setelah berubat rupanya2 masa xcident tu ader sesuatu yg gelapkan penglihatan nya...pas berubat dia dah mula ingat dn bahasa2 tu pun dia dah tak pandai nk ckp.so, yg berckp bahasa2 tu semasa dia sakit siapa agak nya ek...wallahualam..

    BalasPadam
  5. huish, hebat lah ! Allah maha besar

    BalasPadam
  6. wow..~ni kes obses korea ke apa...
    kuasa Allah~

    BalasPadam
  7. adakah sinarharian dh jd majalah mastika?oh tidak!!!!!

    BalasPadam
  8. wahhh...adanya kelebihan dan kekurangan di situ~

    sy yang blaja bhsa korea 2 thun stgh ni pon gagap g~ dahsyattttt r

    BalasPadam
  9. waaa..rezeki die la tu..untungnya..XD

    BalasPadam
  10. Kuasa allah yang langsung kita tak dapat jangka kan . . Btw jeles lah

    BalasPadam
  11. Subhanallah.Memang hebat kuasa Allah.Memang kompem ada kecederaan otak sbb ni macam nak sama kes dengan kanak2 autisma. sesetengah pesakit autisma ade kebolehan bcakap dlm bahasa asing walaupun tak penah belaja.Tapi kes kemalangan ni kita nampak la Allah nak tolong bdk ni. Biasanya kalo ade darah beku dlm otak,ssh nak survive tp darah beku tu hilang tb2 plak.Alhamdulillah dipanjangkan umur dye.

    BalasPadam
  12. Ishh, best jugak. Tapi kesian, beliau selalu sakit kepale dan tak dapat pergi ke sekolah.

    BalasPadam
  13. Subbahanallah...dalam kesusahan tu allah bagi keistimewaan berganda..bkn senang nak cakap korea tu kan...

    BalasPadam