Kutuk blogger femes ..

by - Isnin, Februari 20, 2012

 

image

 

Semalam , ada satu event besar melibatkan PM , Ulama serta penulis maya. Aku tertarik dengan kata-kata seorang ulama ( tak ingat sapa nama ) yg mana membuatkan aku tersenyum. Lama dah aku keutarakan mengenainya tapi ada yang ‘tak berminat’ ..

“ Penulis maya ni kena bersatu .. “

Bersatu ni , tak semestinya menubuhkan persatuan kemudian pilih sapa kepala sapa badan kemudian kena ikut segala peraturan tapi sebaliknya bagi aku la kan , penulis maya ni kena tau apa sebenarnya isu isu yang patut ditulis dalam artikalnya dan bukannya isu isu menjatuhkan antara satu sama lain lebih lebih lagi isu yang mengarut dan takde langsung kepentingannya ! Dari situ baru boleh nampak kekuatan penulis maya ni apatah lagi bila ‘bersuara’ .

Bagi aku la , untuk bercerita mengenai kehidupan kita dalam blog takde salahnya tapi sesekali dengan mengeluarkan pendapat sendiri mengenai sesuatu isu atau perkara sedikit sebanyak membuka mata pembaca blog kita. Yelah , kadang kadang mereka ingat kita ni dok memanjang buat lawak atau serius je kan ? Dengan mengeluarkan pendapat tersendiri , baru mereka nampak sapa penulis tu sebenarnya.

Namun begitu , perlu tahu batasan menulis isu isu begini. Fakta kena betul , bukti kena ada , elakkan caci maki atau menjatuhkan maruah seseorang . Jangan lupa mengenai dosa dan pahala bila menulis .

Itu kan lebih bagus dari dok mengutuk orang sana sini kan ? Mereka yang suka buat isu isu begini , fikirkan kembali perjalanan anda sebagai seorang penulis maya.

Tak kira junior atau senior , kita punya akal dan asas pendidikan yang mengenai penulisan yang mana dah diajar dari sekolah rendah lagi.

Anda , adalah apa yang anda tulis !

You May Also Like

24 comments

  1. bahaya kalau selalu sgt mengkritik politik ni..nnt kena saman.walaupun negara demokrasi..

    www.azrulin.blogspot.com

    BalasPadam
  2. @Hotz Mumma kritik guna akal.. ramai je kritik , ok je ? kritik bukan mengutuk mengeji tapi memberi pendapat berdasarkan fakta dan bukti atau memberi pendapat degan berhemah.

    BalasPadam
  3. ayat yang last sekali menunjukkan diri kita sebenar..cuba untuk tulis sedikit tetapi ada isi..akan mencuba yang terbaik..all the best abg Ben..

    BalasPadam
  4. Setuju. Kadang yg paling menyedihkan, ada sstgah blogger yg sanggup menolak tepi soal fatwa, ambik undang semata-mata.

    Hanya kerana nafsunya yg ingankan dunia. Sedih bro bile baca..

    Tu yg kadang2 tulis entry yg agak emo smpai susah nak difahami orang. Negur dengan double meaning, sbb bukan sume orng boleh trima pe kita ckp.

    Antaranya, entry Pemain Duniawi, ridoma.

    BalasPadam
  5. sobsob..tk nk terlibat dlm politik..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :P

    BalasPadam
  6. suke 'anda adalah apa yg anda tulis' tue..hehe

    BalasPadam
  7. best sgt ke kutuk mengutuk ni? so not cool

    BalasPadam
  8. anda adalah hero dalam tulisan anda
    anda adalah hero dalam cerita anda
    ada beza

    BalasPadam
  9. betul tu abg ben... anda adalah apa yang anda tulis kerna setiap tulisan mencerminkan peribadi seseorang.

    BalasPadam
  10. tulis entri semata2 utk m'jatuhkan org itu sgt tdk baik..

    BalasPadam
  11. pendek kata, kite kene bertanggungjawab dgn apa yg kita tulis kan? kalau tak pasti ttg kebenaran sesuatu fakta baik jgn tulis.

    BalasPadam
  12. Tulis sebaiknya dengan fakta dan kebenaran. Pendapat kita bkn nk mengutuk. Utk membetulkan sesuatu keadaan atau sekadar luahan. Kdg menyampah juga blog2 yg mmg direct kutuk-kutuk org lain.
    Politik mmg byk medium utk salurkan pandangan. Macam Tun Mahathir ada blog beliau sendiri utk berpolitik atau menyuarakan pandangan. Bersatu kita utk menulis dengan berhemah... :)

    BalasPadam
  13. blog tu simbol melambangkan jati diri peribadi seseorang insan kot, . . . . . :)

    BalasPadam
  14. satu lagi, bukan politik je kena ambil kira. isu isu islam pun kena ambil kira. contohnya pasal syria,. tak ramai tahu pasal apa yg berlaku di syria . then, isu isu agama yang kadang2 remeh tapi ramai taktau. mgkin blogger2 kena ambil berat isu saudara2 muslim di negara lain juga selain ambil berat isu politik :)

    BalasPadam