Malaysia vs Jepun

by - Rabu, Februari 22, 2012

 

image

'Jepun bakal masuk perangkap ciptaan sendiri'

Kata-kata dari dari coach Malaysia , Ong Kim Swee  yg aku petik dari akhbar Bharian , hari ini . Bila aku ternampak je tajuk berita tu , aku tersenyum .

Maaf .. aku tak kata aku tak yakin dengan kemampuan pemain negera untuk menewaskan mereka tapi kena ingat satu perkara , Jepun perlukan kemenangan dan jaringan yang besar untuk memastikan mereka juara kumpulan ! Jadi , mereka pasti terlebih dahulu bersedia dari segi mental dan fizikal berbanding pasukan negara yang hanya sekadar nak seri atau tak nak kalah besar ..

Realiti ! Tak perlu nak marah aku. Aku pon sokong mana mana atlit yang memakai jersi Malaysia ! Tapi aku berpijak di bumi yang nyata.  Malaysia mampu tapi perlu lebih banyak lagi belajar terutama bab disiplin pemain mahupun politik dalaman .Selagi semua tu tak diperbetulkan , setakat semangat  , latihan luar negara mahupun amik coach bertaraf dunia pon , takkan memberi kesan.

Dan apa yang aku ramalkan menjadi kenyataan . Aku dari awal awal kata kat kawan aku yang kita akan kalah 4-0 . Maaf , ianya menjadi kenyataan . Kita perlu banyak belajar dari pasukan Jepun mahupun Korea dari segi disiplin . Kita punya semangat , skill tapi disiplin belum lagi setanding mereka .

Maaf la yer . Aku pun nak terbaik buat negara sebab aku pemegang MYKAD . Dan nak juga tengok pasukan negara jejakkan kakinya ke pusingan akhir PIALA ASIA atau paling tidak pun OLIMPIK ..

Teruskan usaha MALAYSIA . Anda yakin anda boleh dan kami akan senantiasa menyokong anda !

image

Aku pernah sertai satu pasukan bolasepak sewaktu aku remaja dulu dan pernah lawan dengan pasukan bolasepak yg terdiri dari pelajar Jepun ( Sekolah Antarabangsa ).

Mereka datang 3 team ! Dari umur bawah 12 tahun , 18 tahun dan budak budak perempuan . Cukup berdisiplin ! Tak berkeliaran atau bertaburan di padang !! Tu baru pelajar sekolah . Mereka cukup respek dengan coach mereka..

Mereka kalah besar tapi serius , sedikit pon tak patahkan semangat mereka. Mereka terus bermain dan bermain tanpa putus asa. Respek weh ! Kitorang pon pelik masa tu. Sbb bukan sikit dah pon kena .. Tak silap dekat 8 atau 9-0 ! Diorang tetap cool dan bersalaman selepas tamat perlawanan .

Disiplin mereka mmg kita kena ikut .. Adat atau budaya tak perlu la nak tiru kan .. Tapi aku suka sushi .. Bak kata Tun Mahathir , pandang ke Timur . Tapi kita pandang tang J-POP jer . hehe .. Sowi.. Lawak malam hari ..

You May Also Like

5 comments

  1. Agreed.:) Org diorang efforts...10kali ganda kita rasanya...tgk jelah cara diorang berkerja. :)

    BalasPadam
  2. stuju. disiplin org jpun mmg bgus tul.

    BalasPadam
  3. Jepun selayaknya menang semalam, walaupun Malaysia tak sepatutnya kalah dengan begitu sekali.

    BalasPadam