Jangan patah semangat , wahai kawan ku !

by - Isnin, Februari 13, 2012

 

Dalam diam tak diam , 3 tahun dah aku menulis blog ni .. Dugaan ? Jangan cakap la .. Lagi teruk dari dunia nyata .. Maklumlah , ramai keyboard warriors … Tapi tak kisah la , selagi tak langgar undang-undang kan ? Part lain , sendiri jawab dengan Allah nanti . Alhamdulillah , aku punya sahabat sahabat maya yang senantiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar .

Penulis blog bukan 100% benar setiap masa. Ada kalanya faktanya tidak berasas dan buktinya tidak kukuh . Tapi itu bukanlah satu alasan utk sepak terajang blogger tersebut ! Adakah itu patut berlaku di zaman semua manusia sudah boleh menulis dan membaca ! Dalam erti kata lain , berakal dan mampu berfikiran waras .

Bukan semua orang bijak ? Yer .. Faham tapi semua orang g sekolah ! Kalau tak g sekolah , nak sentuh komputer pon takut kan ? Maka , patutkah  seseorang itu mencaci maki dalam dunia maya ni seperti orang yang tidak beragama atau tidak berkewarganegaraan ?

Aku suka baca artikal di blog blog profesional seperti DRMAZA.COM .. Komen komen yang ditinggalkan oleh pembaca menunjukkan taraf pemikiran mereka . Bila aku baca di akhbar online atau artikal di Yahoo , aku tersenyum . Caci maki dan komen tidak berasas mmg banyak. Isunya lain tapi komennya ?? Itu menunjukkan cara pemikiran mereka secara tidak langsung.

Aku tak kata aku ni bagus tapi pengalaman mematangkan aku dalam dunia maya ini . Itulah yang aku dapat selama ini . Dan segala dugaan itu benar-benar membuatkan aku belajar bersabar.

Kritik , kita boleh kritik. Kita boleh tengok contoh contoh pengkritik dalam rancangan realiti tv . Bagaimana mereka memberi kritikan . Apakah perlu kritikan yang sekadar mematahkan semangat ? Kritikan yang membina ? Atau kritikan yang pedas tapi lembut ?

Baru-baru ni , ada seorang teman blogger meninggalkan komen di blog aku berkaitan isu ASTRO .. Entri yang aku buat kerana aku geram itu mendapat perhatian dia . Bila kita geram , kita terlupa untuk membuat kajian terlebih dahulu dan hasilnya pasti akan ‘buruk’.

Alhamdulillah , caranya amat berbeza dari sebelum ini . Dan aku buang entri tersebut walaupun takde kaitan dengan komennya.  Kritikan yang bijak akan membuatkan blogger berfikir semua untuk menulis entrinya pada masa akan datang .

Untuk menghasilkan blogger yg berkualiti , pengkritik juga perlu berkualiti. Kalau setakat main baling batu dan lari , lalu ketawa .. rasanya tak perlu la kot buat gitu. Cam budak sekolah je perangai gitu.

Ingat , setiap apa yang anda tulis .. anda bertanggungjawab ! Samada blogger mahupun si tukang komen !

You May Also Like

16 comments

  1. kadang2 tu diorg pandai cakap je.. tau maki hamun je.. padahal tah same je teruk.. suke nampak salah org lain salah sendiri tau sorok..

    BalasPadam
  2. sangat setuju!

    komen pakai otak bukan pakai jari aje :)

    BalasPadam
  3. salam ziarah...slalu sgt ben update..hahah

    BalasPadam
  4. memang nampak mudah jadi blogger tapi kalau kita salah tulis sikit je nanti satu malaysia boleh bising..dan sebagai blogger tak sepatutnya kita naikkan trafik dengan berita yang kita sendiri belum tentu kepastiannya ;)

    BalasPadam
  5. yup ramai yang lupa akan tanggungjawab sebagai blogger n pengomen.. yang penting blog meletup. trafik masyuk...

    :)

    BalasPadam
  6. TQ ben for remind me. susah payah juga nak mengolah ayat. takut niat positif menjadi negatif pula.

    BalasPadam
  7. setuju... takut jugak kalo jd macam tu... hmm..

    BalasPadam
  8. Thanks Ingatkan :) InsyaAllah saya akan cuba jadi pengomen and penulis blog yang baik aha :p

    BalasPadam
  9. peringatan yang berguna. kena lebih berhati-hati dan peringat lepas ni. takut pula nak tulis entry bila macam ni.. huhu..

    BalasPadam
  10. as salam..
    hm..
    betul tu..
    tapi pengkritik ni, walau ada benarnya, kemungkinan dia ada agenda sendiri walau baik bunyinya, siapa tahu kan..melainkan Dia..
    pointnya, amik mana yang baik dari komen dan juga entri.

    ^^,

    tapi ada juga entri merapu, tapi dapat komen yang membina, pasal cara susun ayatnya merapu tapi isinya memang best. lagi benar. huhu..

    suka bentuk penulisan yang macam ni. tak perlu kelucahan dan isi sosial melampau tapi dia punya merapu, memang benar lagi baik buat pengisian jiwa

    ^^,

    BalasPadam
  11. kadang2 penat gak macam2 dah wat pun x de org nak komen....asik2 syok sendiri....mungkin x glamor yg wat org malas nk jengok blog kita...huhuhu

    BalasPadam
  12. yer...kadang-kadang benda yang kita nak komen tu pun kita kena pikir sama ada ianya akan menyakitkan hati mane-mane pihak tak..
    kalu ikutkan hati boleh jer nak tulis ikut sedap jekan..tapi apapun..
    teruskan berbloging ye abang ben..
    chayok2

    BalasPadam
  13. Yup!

    Kalau ada yang nak cari gaduh, sebaik-baiknya diabaikan jer orang tuh.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Isteri kantoi suami curang!

    [U] VIDEO: Flat berhantu???

    [U] Kisah si pengemis tua...

    BalasPadam
  14. ini la satu tabiat manusia yg suka mencari kesilapan org...kita bkn x boleh nk menulis, menegur @ komen sbb kita punya hak..tapi bila menegur tu biar la dgn ayt yg baik2...x perlu guna ayat yg boleh mengguris hati org...kdg2 bahasa tu blh melambangkan pribadi diri kita sndiri...btw thanks utk entri ni abg ben...sy doakan moga blog ni akn terus brjaya :)

    BalasPadam