Jom belajar menulis blog dengan lebih efektif ..

by - Ahad, Februari 19, 2012

 

Hurm .. ini sekadar tips menulis ( blog seumpamanya ) ringkas yang aku amik dari buku baru aku baca sekali imbas ( rujuk entri INI ). Belum baca betul betul . Bila aku ternampak tips tips ni , aku rasa nak kongsi dengan rakan rakan yg lain. Mungkin sedikit sebanyak mampu beri perbaiki penulisan kita akan datang.

Jom kita tengok apakah tips-tips yang telah penulis buku tu kongsikan bersama ..

  1. Elakkan ayat yang terlalu panjang atau terlalu pendek. – ini untuk mengelakkan dari menyukarkan kefahaman atau mungkin melarikan fokus pembaca.
  2. Gunakan ayat yang pendek untuk fakta penting. – Ayat yg pendek memiliki peranan seumpama gaya badan dan nada suara yang tegas.
  3. Perenggankan tulisan anda – Perenggan memiliki peranan penting untuk kefahaman pembaca.Jangan tulis melebihi 7 baris tanpa dipisahkan oleh perenggan.
  4. Elakkan penjelasan yang sia-sia – Ketika menulis , terus kepada mesej yang anda ingin sampaikan. Jika mesej agak sukar difahamkan oleh pembaca , beri sedikit penjelasan. Elakkan penjelasan yang berjela-jela.
  5. Gaya font berbeza untuk nukilan – Cadangan , gunakan  size font yang sama bagi sesuatu nukilan tetapi jenis font berbeza.
  6. Penggunaan bold , italic dan underline – Gunakan bold untuk pecahan bab , italic untuk perkataan yang bukan dari bahasa melayu dan underline untuk menarik perhatian pembaca.
  7. Elakkan tanda seru , huruf besar dan kata-kata kesombongan. – penulis hendaklah sentasa tenang , lapang dada dan rendah diri.Tapi jangan terlalu rendah diri sangat sbb nampak tak yakin pulak dengan penulisan tu nanti.
  8. Gunakan format numbering dan bullets – kalau ada point dalam mesej tu , dicadangkan gunakan agar nampak lebih kemas dan mudah difahami.
  9. Jangan terlalu kerap guna koma – Ini dikhuatiri akan menganggu kelancaran ketika membaca dan menjadikan tulisan kita tidak begitu efektik.
  10. Jangan letakk ‘space’ secara sia-sia.

Tu je la yang aku boleh kongsikan dengan korang semua . Ni pon ada yang aku edit untuk ringkaskan lagi dan sesuaikan dengan penulisan di blog sbb apa yang penulis tersebut beri adalah lebih pada penulisan buku . Tapi aku rasa sesuai untuk digunakan di blog ..

Maka , terpulang pada korang nak gunakan atau tidak. Sekadar berkongsi tips tips blog saja ..

You May Also Like

28 comments

  1. penulisan yang bernas abang ben..thanks sebab bagi guideline nie..

    BalasPadam
  2. Perkoongsian yang bagus terutama untuk blogger2 yang baru.

    BalasPadam
  3. thanx bang ben for the tips! =)
    InsyaAllah try applykan..

    BalasPadam
  4. Leh diterima pakai gak tips2 ni
    ok~ thanks 4 sharing

    BalasPadam
  5. thanks abang ben . tip yang berguna .....

    BalasPadam
  6. tengkiu2.

    boleh diadaptasi ni cara menulis

    BalasPadam
  7. betul tue abang ben....tips yang sangat berguna....buku apa tue abg ben?

    BalasPadam
  8. trima kasih atas perkongsiannya uncle ben... ^_^ akan cuba untuk memperbaiki lagi.. :D

    BalasPadam
  9. wahh! abang ben kasi tipss. macih :D

    BalasPadam
  10. abang ben mintak jasa baik abang ben tolong baca entry ni..

    http://blogbudaksengal.blogspot.com/2012/02/amaran-baru.html

    http://blogbudaksengal.blogspot.com/
    dan publish kan kat blog abang ben sebab ramai dah kena hack..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum en ben...thanks yer info yg baik buat semua..;)

    BalasPadam
  12. Dah macam sistem APA pulak..
    buat assignment sudah..
    Hahahaha =))

    BalasPadam
  13. tips yang baik.. akan dipraktiskan =)



    http://komuniti.gempakz.org/

    BalasPadam
  14. terima kasih bro.
    masih byk perlu saya belajar.

    BalasPadam
  15. wah bgus la.. lg mudah nk buat entry ade guide line mcm ni. bleh try^^

    BalasPadam
  16. Thanks for the info. me pun akan baca entry sndri 2-3 kali dan letakkn diri sbgi readers sblm publish. sehbs blh nk menyenangkan mata readers dan bg diorg fhm btl2...huhu...

    BalasPadam
  17. thanks for the sharing...
    boleh jenguk ke blog saya jugak..

    http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/02/tweet2-dengan-blogger-yang-femus.html

    BalasPadam
  18. http://blogkaryadia.blogspot.com/2012/08/aku.html

    layari perbagai cerpen di blog karya dya

    BalasPadam