Kalau dah manusia !

 

“ Kau dah kaya kan ? Apa lagi , kasi la derma banyak banyak ! “

Manusia , manusia , manusia ..  Aku nak kata inilah bangsaku , tak boleh la pulak.. Sensitif kan ? Tapi inilah hakikatnya .. Apa cerita ni ?? Hurmm

CEMBURU ATAU SAKIT HATI YANG TAK SUDAH SUDAH !

Bila nampak orang lain senang sedikit , maka akan keluarlah macam macam cerita yg nak kasi dia sendiri nampak sedap atau nak kasi orang yang dia cerita tu nampak ‘lucah’ !

Sepatutnya dia kena lihat atau kaji  betapa peritnya orang itu untuk mencapai kesenangan atau kenikmatan yang sedang orang itu perolehi dan bukannya nampak kesenangannya !

Sampai bila nak maju begini ? Asal nampak orang lain mula lebih sedikit , maka sibuk nak berkawan dengan syaitan. Berbisik , berbincang bagaimana nak jatuhkan orang tu .. Tak sedar ke ‘awak’ tu termasuk ke perangkap syaitan ? Nak join in da club kat neraka ke nanti ? Bawak bawak insaf la manusia ..

Kalau nak sangat kesenangan , berusahalah ! Bukan berusaha dengan air liur atau dok melepak bercerita nak senang tapi berusaha mengerakkan ke empat empat tulang kerat serta kerah kepala otak tu haaa .. Allah dah bagi semua tu kat kita .. Gali dan korek laaa .. Astagfirullah al a’zim .. Haish ..

Manusia ! Aku pon manusia gak kan ? Hehe ..

4 ulasan:

  1. Hurmmm...manusia yg berkwan dgn syaitan biasanya mmg begitu. Apa2 pun buat dobo. Allah maha adil kan...jika kita tidak mendapat balasan di dunia, kita tidak boleh lari di akhirat kelak....

    Selamat menempuh minggu baru dengan keceriaan....

    BalasPadam
  2. Dulu masa sekolah ada juga perasaan cemburu bila tgk org lain lebih, bukan apa kan dh terbiasa dalam kepompong yg mcm tu. Dh rasa mcm bodoh pla ada perasaan mcm tu. Skrg ni dh lain, lg gembira tgk2 kwn2 brjya lg dri kita. Kita jadikn itu sebagai ilham untuk kita brjaya jg dan bersaing secara sihat/bersih. Jgn kita ikut telunjuk syaitan yg membawa kita ke arah neraka.

    BalasPadam
  3. Betui3x..

    ikut la zaman blaja ke keje ke.. ade je yg x puas hati..

    ape yg penting?

    kita buat keje.. kurangkan kontroversi..tp tingkatkan prestasi masing2!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.