Tersenyum melihat Tun Mahathir ..
Antara blogger-blogger yang hadir sama .. Sapa ? Korang kenal tak ?
Aku terima jemputan ni melalui geng geng VYREC yang sangat sangat ramah .. hahaha .. Ramah ada maknaa tu.. hahaa.. Tak , mmg diorang ramah !
Lambat aku update pasal ni .. hehe .. Sibuk sangat .. Skang ni baru dapat tarik nafas skit tapi masih tetap ada keje kena buat .. Tak pe la , rezeki .. jgn mengeluh kan ?
Mengenai BICARA MINDA BERSAMA TUN MAHATHIR , Jumaat lepas .. aku sangat berpuashati dapat mendengar sendiri sepenuhnya perkongsian pengalaman hidup beliau . Sangat mengujakan aku apatah lagi bila melihat kesungguhannya. Terharu pun ada. Bayangkan umurnya sudah 87 tahun ( jika aku tak silap ) dan berdiri di pentas itu , berucap dengan penuh semangat !
Malangnya , ada yang tak reti nak amik peluang itu dengan bercakap cakap atau layan telefon ! Huhuu.. Mungkin ramai anggap beliau seorang yang .. hurmm .. ‘teruk’ atau ‘kuku besi’ tapi bagi aku , dia ada jawapan tersendiri mengapa dia berbuat sedemikian rupa. Yang penting , jangan tengok part teruk tu .. Tengok juga apa yang dia dah bawa pada negara kita . Jangan sombong sangat. Kita sendiri pon belum tentu mampu jadi seperti dia ..
Teringat lagi aku pernah berselisih dengannya di KLCC. Waktu tu aku nak turun ke tingkat bawah dengan menggunakan ekslator dan dia di depan aku , tanpa seorang pengawal peribadi pon. Dia dok jalan jalan kat situ. Waktu tu, dia bukan lagi Perdana Menteri. Aku tak la nak tegur atau bersalaman dengannya sbb hormat privasi dia .. hehe ..
Semoga Allah berkati hidup Tun Mahathir dan ampuni segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya .. Kita cuma manusia biasa ..
17 comments
Best masa tuuuu xD
BalasPadamtak reti nak komen,.. mungkin semua manusia ada buat silap, tp x semuadah tu nak memadam kenangan lama yg dah membusuk...
BalasPadambestnya..xbkesempatan nk join...huhu
BalasPadamSuka jugak beberapa perubahan yang dia bawa. Minda dia berfikir jauh ke depan. Walaupun ada isu selepas dia turun jawatan tapi, kesan masa pemerintahan dia masih ada yang boleh dibanggakan.
BalasPadambestnyaaa dpt pegi program bsama Tun Mahathir.... mudah2an Allah berikan kesihatan yg baik kepada tun M... aammmiinnn :)
BalasPadamBestnyeee, teringin jugak nak jumpe beliauuu :)
BalasPadamsetiap manusia ada baik buruknya, jadi kita jangan salah menilai..
BalasPadamHihi . best sgt !
BalasPadamDpt tengok che det kat skrin layar pun jadi laa .
sy teringin nk jmpa dgn Tun... beliau sgt berwawasan...
BalasPadamdr M... perdana menteri yg plg gah la bg sy.. sayang nye xdpat pegi. tapi pernh jmpe beliau. =)
BalasPadambest nye.. =(( x sempat pegi time ni .. btw, now rasanya Tun ad kat Sarawak , prgram kat UNIMAS lak.. rasa mcm nak pnjam pintu doraemon.. haha
BalasPadamsonoknye....kenal 2 org je blogger kat ctu. ^^
BalasPadamwah bangganya dapat bergambar dengan abang Ben :)
BalasPadamabgben beruntung dapat bertemu dengan tun.. deno dari dulu simpan impian untuk bertemu dengan tun,,, tun mahathir adalah idola deno, byk jasanya kepada negara cuma ramai di antara kita yang tak tahu menghargai... yg tahu hanya nak mengutuk, mencaci... semoga tun panjang umur... amin! :)
BalasPadamyep. tak perlu sombong sangat. banyak perubahan dia bawak. dia pon manusia biasa. ada betul ada salah. :)
BalasPadampatutla tersedak2... rupanya ada mia dalam gambar-gambar ni....
BalasPadamnice knowing u olllssss....
p/s: dapat juga berborak dan bergambar dengan abg ben... thankssss...
Tak de rezeki
BalasPadamade gak try register