Qhaliff suka duk kampung eh ?

by - Jumaat, Ogos 24, 2012

 

IMAG3136

Selepas melawat ayah tua di rumahnya  , mak mertua aku ajak ke rumah kakak dia di kawasan berhampiran . Jangan tanya apa nama tempat sebab aku tak ingat pon ..

Tapi yang pasti , Qhaliff suka duk kat luar rumah menikmati permandangan kehijauan kampung dan kanak kanak bermain. Dalam rumah , dia nangis .. Luar , dia diam dan mata tertumpu pada kehijauan jer ..

IMAG3143

IMAG3144

Tali air ni dikatakan ada banyak udang galah. Setiap malam , ada je pengail datang mengail udang .. Waa.. suka tul aku dengan aktiviti begini .. Tak berkesempatan lagi aku nak lakukan semua tu ..

IMAG3146

Ingat lagi aku pada sepupu sepupu aku sewaktu aku kecil dulu. Suka la main kat tali air ni bila balik ke kampung belah ayah aku di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapi bila memasing dah besar , hurmm .. Kalau bersua muka pon , takat senyum je… Nak borak ? Jauh sekali laa .. Yang ada rapat pun , sorang dua jer ..

Tu pasal aku kalau boleh tak nak Qhaliff gitu. Nanti jadi kera sumbang lak di kalangan ahli keluarga .. Kena kerap gak berjumpa dengan adik beradik agar tak kekok bila besar nanti ..

Di sini , aku makan laksa Kelantan . Hurmm.. 2 kali aku tambah penuh ..Hahaha .. Aku mmg idam sejak puasa ari tu .. Tapi tak gak dapat dapat .. Dan bila dah ada depan mata , tu yg aku balun non stop action ..

Ni rumah terakhir aku pergi untuk raya kali ni. Sedih gak nak meninggalkan Kelantan. Tapi apa nak buat .. Aku pun ada urusan kat KL tu ..

Ikut hati .. pindah terus je kat Kelantan ni .. Best apa ? Tenang gitu. Tengok anak anak pun , ramai je berjaya ke menara gading .. Tu belah mak mertua aku la.. Belah ayah mertua , aku tak tanya sangat .. hehe ..

Masalah utama ni .. esok nak balik ikut mana ni ? Gua Musang atau Terengganu ? Hurmm ..

You May Also Like

4 comments