Tak perlu la puasa kalau menyusu ..

by - Jumaat, Ogos 03, 2012

 

Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?

Hadifah, KL

Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.

Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

Sumber : Darulnuman

 

 

Nak dijadikan ceritalah ,semalam wife balik lunch .. muka lesu giler .. Maklumlah, sahur tak dapat nasi . Aku lain la.. Dapat kurma pon dah cukup. Tenaga yang nak dikeluarkan hanyalah untuk melemparkan senyuman kat Qhaliff ..

Katanya , masa nak balik lunch untuk menyusu Qhaliff , nyaris dia nak eksiden sbb terlalu letih dan mengantuk. Yelah , dia pon pam susu kat opis .. Maklumlah , ada FS .. hehe .. Senang katanya .. Aku pon nak try gak. Nak  tau tang mana senangnya tu ..

Bila dah sampai rumah , zassss … muka pucat lesi . Aku kata dah , tak yah puasa .. Lagi pun sejak dia berpuasa ni , ada kurang sikit la kuantiti stok susu ..

Terus dia cari bantal , tidurr… Haaa .. Terus tak larat nak bangun g kerja .. Tak pasal pasal kena amik half day .. Tu laaa .. Cakap otai tak nak dengar ..

Dan ari ni .. sahur pon terlepas.. Ngan aku aku terlepas . Tapi aku tak pe .. Stok ikan patin ngan ikan keli masih ada dalam perut .. InsyaAllah leh tahan sampai petang .. hehe.. Dia ? Nak menyusu lagi .. Haaa ..

Pengalaman semalam , mengajar dia .. Kalau tak kerja , tak per .. Kalau hingga boleh membahayakan kesihatan dan nyawa seperti terpaksa memandu sendirian ke pejabat , sebaiknya tak yah la puasa dulu. Ganti je kemudian .. Kan dah Allah bagi kemudahan tu ..

Yang laki , jangan mengedik tak nak puasa lak .. Haishh ..

You May Also Like

18 comments

  1. Kesian isteri En.Ben... Macam mana nak cakap ye, sebab saya pun sedang menyusukan anak... bila bulan puasa ni memang terasa lesunya... bagi dia semangat dan nasihatkan mana yang terbaik...

    BalasPadam
  2. samela sgt..sy pun ngantok sgt bulan pose ni.ble drive blk nk susukn anak mst cam nk tertido. stakat ni pose lg,alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, wife walaupon puasa stok susu masih lancar.. bagi makan kurma je,insya Allah, susu makin banyak stok..

    BalasPadam
  4. huhuhu, semalam ade keluar pasal, haram puasa bagi ibu yang menyusu dan mengandung, hanya headline yang ade, kupasan xde.

    memang Allah dah berikan ruksah @ kemudahan kepada ibu yang menyusu & hamil, jika dah sampai membahayakan kesihatan anak atau nyawa ibu terancam...silalah ambil ruksah tu. jangan jual mahal.

    n sy pun bf mom juge, sy amalkan shaklee bf set, alhamdulillah amat membantu sy berpuasa & menyusukan anak.

    BalasPadam
  5. adeh.. abg ben ne.. betul2.. yaya pun kekadang tuang gak sejak pregnent nih

    BalasPadam
  6. Mungkin isteri En Ben kena makan suppliment untuk tambah tenaga dan tambah produktion susu sebab kerja memang meletihkan fizikal dan mental...sye tak jual produk2 supplement ni...hehe...
    tpi dengar crite VCO or shaklee memang bagus...
    tpi shaklee mahal sikit la...
    membe saye makan VCO memang tak penat n bertenage je...;)

    BalasPadam
  7. en ben... kalo memudaratkan diri si ibu yang menyusu... di haruskan berbuka.. islam itu mudah...

    kalau bimbangkan kesihatan diri sendiri, hanya wajib ganti...

    tetapi kalau bimbangkan susu tidak cukup untuk anak, wajib ganti dan byr fidyah..

    BalasPadam
  8. kesiannya..saya mase fully bf last year, mmg x bole nk puasa penuh. mmg kena berbuka. sgt letih dan lemah. susu pun merundum. so, utk keselamatan diri sendiri, better berbuka je. Allah dh bg kemudahan. nnt bayar blk la. hehe

    BalasPadam
  9. Yer memang betul, wanita dalam pantang, menyusu anak, mengandung ..rasanya mg tak boleh puasa untuk kesihatan..dan tak payah ganti puasa tu hanya bayar fidyah..saya dulu pantang 1 bulan dalam bulan puasa..

    by the way.. jom ikot Mummy bantu anak2 yatim di http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-follow-blog-el-qashrin.html

    BalasPadam
  10. @Sue-Rya Qistina

    sama lah dgn sy...puasa selang2... sbb bukan saja nk pastikan susu cukup utk anak, tp tenaga dan kesihatan kita yg penting. kalau dh mak nya tak larat nanti... lg kesian kt anak2

    BalasPadam
  11. Maaf Mummy akmar,
    Jakim telah pon mengeluarkan fatwa, bahawa..

    ibu ibu menyusu yang meninggalkn puasa kerana bimbang kesihatan diri nya... wajib ganti puasa

    ibu ibu menyusu yang meninggalkan puasa kerana bimbangkan anak nya tidak cukup susu .... wajib puasa dan membyr fidyah

    BalasPadam
  12. refer sini

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm

    website JAKIM under maintenance.. nnti sy letakkan link

    BalasPadam
  13. abg ben dulu sya mmg tak pausa masa bby BF full sebab badan akan lesu & lemas..lagi pun kesian kat bby

    BalasPadam
  14. org dedulu kata.. Klau kita menyusukan anak dgn perut kosong.. cth mcm time puasa la.. susu tu akan rasa pahit..

    BalasPadam
  15. org dedulu kata.. Klau kita menyusukan anak dgn perut kosong.. cth mcm time puasa la.. susu tu akan rasa pahit..

    BalasPadam
  16. masa saya masih menyusukan anak tahun lalu memang saya puasa half day jer.. sebab memang tak mampu... memang pernah cuba sampai ke petang adui pucat lesi dan tak bermaya..
    (^+_^)

    BalasPadam
  17. hahaha..tahan ikan patin ngan ikan keli duk dalam perut..dah mcm akuarium sy bygkan..hehe..tp menyusukan anak memang penat..sambil berpuasa lg penat..

    BalasPadam