Takziah ..

by - Sabtu, Ogos 04, 2012

 

Tadi dalam perjalanan ke bazaar Ramadhan dengan suami adik ipar aku ( biras .. dah dibetulkan oleh kengkawn kat ruangan komen. Tqq.. ) . Dlm perjalanan tu berborak la pasal badminton. Tertanya bila pulak final badminton single tu haa .. Lalu teringat kawan aku  kaki badminton dan jugak seorang guru . Jadi saja je la aku call dia .. Kira bertanya khabar la sekali ..

“ Assalamualaikum bang .. Mana hang ? “

“ Aku kat Ganu weh .. “

“ Awat ? Balik menikah ka ? Awai lagi cuti ni .. “

“ Tak laa .. Mak aku meninggal dunia . Dua hari dah ..”

“ Allah… Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  .. Sori weh .. Bila meninggal ? Sakit apa ?

Menurutnya , mak dia sakit pakej la .. Macam macam ada .. Dah lama sakit katanya .. Dan skang dia buat tahlil 3 malam berturut ..

Siannya .. Kawan aku ni baik orangnya. Kira dia antara orang yang aku terhutang budi la.. Kalau g sekolah sama sama, aku tumpang dia ngan motor , haram satu sen dia tak nak amik .. Kalau belanja makan pon , keras dia tak nak . Kalau dia terima tu , tanda mmg dia sengkek abis ..

Al-Fatihah buat arwah ibunya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

You May Also Like

10 comments