Tips untuk berguru di gym ..

 

Ok .. ni sekadar panduan ringkas buat adik adik atau rakan rakan bila nak ke gym rakyat atau gym yang biasa biasa ni laa.. Kalau tak mampu nak guna khidmat ‘instructor’  tu maka boleh guna cara gini .. heee ..

Aku bukanlah nak tunjuk pandai tapi memandangkan dalam minggu lepas kat gym tempat selalu aku gi tu berlaku satu insiden mengecewakan hati aku , maka ada baiknya aku keluarkan tips ni ha.. Mana la tau berguna 1% – 10% .. kan ?

Ok .. bagi yang tak pernah masuk atau sekali dua masuk tapi tak tau nak buat apa , memula bila selisih dengan ‘orang lama’ , bagi la salam ..bersalaman dan bertegur sapa untuk seminit dua.. Jangan ajak borak ! Diorang ke sana bukan nak melepak ! Sekadar menegur jer ..

Kemudian , perhatikan cara latihan mereka .. Ingat , walaupun ada yang dah ilmu di dada , kekadang dalam gym .. teknik tu boleh diubah ubah mengikut si pelatih tu.. Kira ikut badan dan keselesaan asalkan tidak jauh tersesat .. heeee.. Jangan memandai menegur lak .. Kang , bertumbuk dalam tu .. Kecualilah , mmg terang terang dia tu salah buat .. Bertanya dan bagitau apa yang korang tau .. Jangan main kata , ‘ BANG , SALAH TUU .. CAM NI BARU BETUL .. “ .. Ada gak kena maki kat situ .. Ayat perlulah bijak tackle .. Maklumlah , dalam gym tu semua tengah ‘panasssss’ .. heee ..

Pastu , bila dah tau sapa yang boleh dijadikan kawan atau dah kenal sapa yang sombong .. barulah boleh bertanya ilmu .. Tanya , jangan tanya macam nak esok terus badan cam giant ! Tanya skit skit .. Elakkan bertanya camana nak besar cepat ! Lebih baik bertanya teknik yang betul dan corak pemakanan .. Hee.. ramai tak sabar nak besar ! Cucuk je steroid yang dikhaskan untuk anjing dan kuda ke dalam badan ! Ramai je tak kisah .. Tapi aku kisah wooo .. Sayang organ dalaman aku .. Nak pakai lama .. heee..

Pastu , bila ada orang ajar .. ucaplah TERIMA KASIH .. Dan senantiasalah melemparkan senyuman pada ‘otai otai ‘ gym tu.. Biarkan mereka sombong asalkan kita jangan sombong .. Lama kelamaan , bila mereka tengok korang beria benar kat gym tu , mereka akan beri tunjuk ajar walaupun satu dua langkah .. Tu pun dah mahal wooo .. Ilmu woooo !!

Kalau rajin , banyakkan baca dan menonton video di youtube agar kat gym nanti tak jadi pelik tengok corak latihan orang orang lama .. hehehe ..

Semoga berjaya ..

10 ulasan:

  1. tunang saya gila ke gym pulak sekarang :)

    BalasPadam
  2. yang penting, jangan menyombong, kan?

    BalasPadam
  3. nak ke gym tp masa membataskan... (sebenarnya masa tu dijadikan sbg alasan)... wakaka...

    BalasPadam
  4. jangan belagak n sombong.hormat la..bkn susah pun kan..hmm..sabar je lah..

    BalasPadam
  5. mengidam badan ketak2..hihiih

    BalasPadam
  6. bro p gym mana skg?x nampak kt KBS...ke ade?ke tak cam..hemoh3

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.