Letih dengan mat motor celah celah ni !

by - Rabu, April 24, 2013

 

Geram aihhh .. Seharian aku tensen pasal menda yang aku tak buat ! Aku tensen sbb tak pasal pasal dok fikir nak gi report polis ke tak ? Bukan pe , kalau nak gi report .. kena bawak wife sekali sbb wife tuan punya kereta dan kena gi Balai Polis Jalan Bandar , Kuala Lumpur .. Jauh woo.. Aku kat Sepang .. Penat nak drive dah dengan hujan lebat lagi ..

Menariknya kan .. diorang yang jatuh bodoh akibat celah celah kereta , nak tuduh aku yang langgar lak ! Kalau aku langgar , confirm kereta ada kesan langgar  .. Ni aku belek dari depan hingga belakang.. Satu apa pon takde .. Tergaru kepala jap .. Dah jadi CSI detective jap ..

Ada aku suruh diorang gi report kalau benar aku langgar diorang .. Hingga jam 7 malam ni , takde lagi laporan polis dibuat keatas kereta aku .. Aku malas nak report sbb nanti bukak kes ..  Lagi pun kereta aku takde apa apa langsung.. Langsung ! Pelik kan ?

Tunggu hingga jam 12 malam .. Kalau takde gak , sah diorang takde lesen dan .. fikir la sendiri .. Penat dah nak fikir dan layan mat motor yang mencelah tanpa hiraukan nyawa sendiri tapi suruh orang hiraukan !

You May Also Like

7 comments

  1. saya hormati pengguna jln ry yg lain,dan terlalu berlembut dan baik hati dgn penunggang motor.tp kdg2 diorg pakai mencelah,menyelit,nnt tersepit diorg gak slhkan kita,pemandu krta.

    pernah gak otw nk gi kl,ada motor ni pecut dan selamba menyelit dannnnn dia terlanggar side mirror hga patah hohohoo....lps tu dia blah buat2 x perasan..so cool :(

    BalasPadam
  2. kenapa nak dirunsingkan pulak.. kalau xd apa2 kes, relax je sudah ..

    BLOG-AYIE.COM

    BalasPadam
  3. Pagi tadi pun I jumpa mat motor yang perangai serupa. Tak sayangkan nyawa. Mencelah masuk dari kanan ke kiri di depan kereta I seolah-olah kereta I tak bergerak. Sikit lagi nak bergesel. Kalau bergesel dia jugak yang melayang. Tak paham lah apa yang diorang dapat dengan mencelah begini?


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Kena loteri :-)

    [U] Happy fish

    [U] Illegal parking

    BalasPadam
  4. sy penah gak terlanggar mat bangla naik basikal yg keluar tiba2 dr simpang. orgnya ok tp basikal teruk gak. sy agak marah dia keluar tiba2 dr sebelah van yg berhenti sbb sy berada di jln utama. sy nak bg duit sbb basikal confirm tak boleh pakai sbb rim dah bengkok. tp mamat tu x nak. tanya kwn2 perlu ke sy buat report sbb sy pasti sy x bersalah. tp cuak gak la. so utk sedapkan hati dan defend diri kita jika ade ape2 yg berlaku pi wat report kat balai trafik jln bandar. at least kita boleh defend jika pihak 1 lg wat report. kalau die tak wat report ok la. polis pun xde call. so sy pun selamat. duit pun x melayang.

    BalasPadam
  5. tp tak blh nak salahkan penungang motorsikal je. mcm sy, hari2 pegi kerja naik motor. guna jalan yang takde laluan utk motor. no choice, terpaksa menyelit celah2 kereta. sebabnya? lorong motor pun kereta dah conquer. motor nak lalu dkt mana? kdg2 pemandu kereta sendiri takde common sense, tak alert dengan penunggang motorsikal. tukar lane sesuka hati, signal tak bagi. bila dah kena, nak salahkan penungang motorsikal. actually perkara mcm ni,samada pemandu kereta/penungang motorsikal kena alert. macam abg ben ckp, bila dijalan raya, nyawa kita spt dihujung tanduk, baik pemandu kereta or penunggang motor.

    sorry bukan nak mengata sesapa, tp sekadar luahan perasaan bg pihak penungang motorsikal.

    BalasPadam
  6. @betty fir'z
    Sebenarnya hanya mereka yang mempunyai pengalaman sebagai penunggang motosikal dan pemandu kereta jer yang akan memahami satu sama lain. Pemandu yang juga pernah menunggang motosikal akan lebih berhati-hati dengan penunggang motosikal ketika di jalan raya, manakala penunggang motosikal yang juga memandu akan lebih berhemah ketika di jalan raya.

    Contoh kesalahan yang paling biasa kita lihat ialah penunggang motosikal sering memasuki di tengah-tengah lorong laju tetapi menunggang secara perlahan/tak cukup laju dan ini menguji kesabaran pemandu kereta di belakangnya yang mahu memotong tapi tak boleh memotong.

    I berpendapat penunggang motosikal tidak patut dibenarkan bergerak di lorong laju, dan ini patut digazetkan sebagai satu kesalahan lalu-lintas.

    BalasPadam
  7. dua2 bagi mas kene bertanggung jawab..

    mas naik kereta n motor..pengalaman mas sndiri naik motor, laluan kami, kereta main uturn je..hampir kami dirempuh..


    masa naik kereta,motor cilok milok yang membahayakan nyawa mereka sendiri..

    situasi mas naik motor dua orang kawan: sorang keje askar tapi bila bawak motor,sangat bahaya..cilok milok,nak dekat kenderaan dpn baru break mgejut.. sorang lagi keje despetch, lbih berhemah bawak. macam2 kan?

    BalasPadam