Apa perlu buat bila kereta eksidante !

by - Isnin, April 22, 2013

 

Eksiden laa.. atau omputih kata kemalangan ! Haaa …  Tapi sebelum korang membaca , leh tolong aku tak ?  Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI sat ? Sat jeeeer pon .. Tqqq ..

Ok .. Ini kali kedua aku berpengalaman sedemikan rupa .. Kalau korang ‘call man’ , mungkin tau dah apa nak buat .. Hehehe .. Ini untuk mereka yang takde pengalaman .. Dan harapnya tak perlulah pengalaman itu. Memang memeningkan .

Apa yang perlu buat bila kereta yang dipandu anda berlaku kemalangan ? Contohnya dilanggar belakang atau langgar orang di hadapan ?

Yang pertama .. Call orang terdekat dan maklumkan . Jangan tandatangan apa apa dokumen jika ada orang datang membantu ! Ingat tu .. Walaupun dia kata dia nak tolong IKHLAS , jangan sign apa apa dokumen ..

Melainkan kereta anda teruk rosak hingga tak leh jalan , dapatkan nasihat dari orang berpengalaman .. Ingat , sedikit sebanyak kita sebagai pemandu jalan raya perlu tau apa nak kena buat walaupun kita tak nak ianya berlaku .. Jangan ingat semua okeh jer .. Haaa ..

Kemudian , buat laporan polis .. Sebelum tu , amik gambar guna handset anda. Pastikan jelas .. Lokasi dan kereta yang terlibat .. Rekodkan segalanya. No plate , no hp mangsa lain ..

Pastu call agen insuran anda untuk maklumkan juga kemalangan itu .. Tak kisah la teruk camana pon melainkan nak settle luar. Tapi kalau nak settle luar pastikan ianya benar benar disettlekan luar. Takut jadi kes lain laak .. haaaa.. Bahaya tuu …

Apa pun , aku nasihatkan .. kena ada ilmu sedikit mengenai kemalangan ni dan simpan no telefon mereka yang punya pengetahuan mengenai kereta ni .. Nasihat aku ni pon tak leh nak digunakan 100% .. hehehe .. Ini cuma sekadar nak bantu jer.. Bukan pe , kalau dah SIGN itu dokumen , mmg payah nak cerita balik melainkan kena ulur sedikit pampasan .. Melainkan diorang nak tolong ikhlas .. Ikhlas ? Hehehe ..

Teringat kata wife jiran aku tu pada sorang call men sewaktu di balai polis ketika keretanya mengalami kemalangan ..

“ Saya ingat awak nak tolong saya tadi ? Ikhlas awak kata .. “ .

Aku nak ketawa je dengar .. Mamat tu pon jawab ..

“ Ikhlas la gak tapi ni cara saya cari makan .. “.

Kata dah .. Mana ada ikhlas tanpa niat tersembunyi zaman ni .. Ada pon , leh kira dengan jari ..

You May Also Like

6 comments

  1. thank you.. gud info untuk orang yang baru2 start memandu ni..harap2 selamat la, tapi kalu terjadi jugak apa2, boleh lah pakai entry neh...thanksss

    BalasPadam
  2. sekurang-kurangnya entry ni boleh dijadikan rujukan andai berlakunya kemalangan..

    BalasPadam
  3. Betul tu, saya dah 2x ensiden, memang call orang terdekat..

    BalasPadam
  4. call man a.k.a tonto (Tolong Orang, Tipu Orang), mrk ni mencari makan dgn cara menyusahkan org dan kuat menipu. Hasil income yg depa dapat sy prnh tnya ustaz, tak halal sbb amik duit org dgn cara menipu. Seperkara lg, mereka ni mmg SAMSENG. Apapun, jgn takut. Hidup perlu berani. Sy dah 2 kali berurusan dgn org2 sprti mrk ni termasuk polis yg boleh beli kereta termahal dlm Malaysia hanya dgn CASH MONEY... Inilah REALITI KEHIDUPAN yg perlu dilalui oleh rakyat

    BalasPadam
  5. hehe..mana ada yg ikhlas da skng nie..ada udang di sebalik mee..~ hehe

    BalasPadam
  6. oh..baru tahu call men ni apa..huhu..bagus tips n peringatan jga buat kaum perempuan..huhu

    BalasPadam