Fenomena Gwiyomi melanda aku ..

by - Isnin, April 22, 2013

 

Apa tu ? Memula pelik giler aku dengan perkataan ‘ Gwiyomi’ tapi dapat rasa la ianya dari pembawakan remaja dari luar .. Hehehe .. Dan setelah aku terjaga dari mimpi hantu berturut turut awal pagi tadi , aku pun layan la youtube memandangkan Maxis dah peruntukan 15GB bandwith untuk aku guna pada waktu aku terjaga awal pagi .. hehe ..

Lagu Gwiyomi, atau Lagu Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan 18 Februari 2013. Ia telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi', dimana ianya menjadi meme Internet pada Oktober 2012 diikuti oleh penampilan pertama dalam menunjukkan pelbagai acara Korea Selatan di bawah SBS MTV bernama MTV Diary. Gerakan ini juga telah memberi inspirasi kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka tersendiri ke dalam internet. “ – Wikipedia

 

Aku pun tonton la bermula dari youtube satu perempuan yang tak pasal pasal jadi popular kerana kecomelannya menjadi pujaan para penonton youtube .. ehehe .. Isteri kepada seseorang dengarnya ..

Menariknya , dikatakan si suami mengarahkan isterinya menarik kembali video tu tetapi sayangnya video tu dah tersebar luas. Macam macam orang dah upload atas pelbagai nama.. Hurm.. Kesian .. Skang dah tak pasal pasal ramai lelaki tengok dah tergoda ! hahaha.. Aku ? Jangan cari pasal .. Kat rumah ada dah .. Suh je dia buat depan aku sebelum makan . Confirm kenyang .. hahaha .. Kurus aku tanpa gi gym ..

Aks dan wajahnya yang comel tu tak menarik minat aku bila menonton youtube tetapi komen komen yang ada .. Haaa.. Biasa la kan .. Ramai hero dari penjahat. Penjahat sorang jer .. Mesti yang pegang watak jahat adalah orang dalam video tu .. heehe .

Kalau nak bagi nasihat , bagi elok elok . Tak perlulah nak maki hamun atau komen sampai nak aibkan orang . Nak libatkan agama sekali pun , apa kata tegur bebaik disusuli dengan doa padanya .. Kan bagus gitu ? Ni ala ala penyamun yang serang Lahad Datu tu je aku tgk .. Haishh ..

Dan adik adik yang teringin buat Gwiyomi pasni , aku harap fikir panjang .. Aku pun teringin gak buat tapi sebelum aibkan jiran tetangga , baik batalkan niat tu je .. Tak yah laa semakan lagi youtube dengan video video tak berfaedah tu.. Baik cari idea lain untuk popular atau nak tampilkan kekiutan kita tu.. Auww..Kita okeh ..

You May Also Like

11 comments

  1. tula ..kalau dah jadi viral memang payh

    BalasPadam
  2. tula ..kalau dah jadi viral memang payh

    BalasPadam
  3. Femes betul gwiyomi nie. Semua orang nak buat video gwiyomi. News feed Facebook penuh dengan video gwiyomi jek. :D

    BalasPadam
  4. Haha, kalau tgk perempuan Korea / Thai yg buat mmg comel. Tapi kalau perempuan Melayu yg buat, mcm agak tak manis la kan? ;) Buat kat rumah sorang2 cukup la hihi :D

    BalasPadam
  5. same here! pelik pe yg femes sgt giyomi ni . aksi semua bese2 je pun. hehe! tp buat jgk yg peace !

    BalasPadam
  6. aku pun tak pernah tgk yg original video..

    BalasPadam
  7. Upload ghiyomi untuk suka2 itu pon dalam keek ... heee... tk de fikir nak upload kat youtube . cuba qhaliff yang buat ghiyomi... konfom beribu kali comel !

    BalasPadam
  8. haha... tergelak sakan sy baca komen mr. BA ttg gwiyomi ni. Ayt akhir tu yg lagi tak menahan tu.... Sy baru je google2 ttg gwiyomi ni nk tau apa ke nye yg best sgt. tade best pemende pown... tp betul tu, nk kutuk ke apa ke... agak2 la kan... mcm bagus sgt nk kutuk melebih2. Yg baik, amik...yg buruk buang... kan Allah beri akal fikiran...

    BalasPadam
  9. memang comel..hihihi tapi tak lama lagi reda la kan..hihihi cuba qhaliff lak wat..hihihi

    BalasPadam