Berhantukah rumah itu ?

by - Selasa, April 23, 2013

 

Hurm .. Baru-baru ni kecoh gak la kat rumah anak-anak dara tu. Aku tak tau la puncanya tapi menurut jiran aku tu , ada budak kena rasuk. Entah kena rasuk atau tekanan jiwa , wallahualam sbb dengarnya dia dah dibuang kolej 2 bulan lalu tapi takde sapa tau .. hurmm .. Datang jugak la 3 bijik kereta peronda polis awal pagi tu.. Tak silap kul 1 pagi ..

Dan aku perhati baru baru ni , sorang demi sorang keluar dari rumah tu. Aku nampak ada je kereta datang ke rumah tu dan punggah barang ..

Akhirnya , dah 4 hari rumah tu sepi tanpa penghuni .. Bila aku lalu depan rumah tu terutama malam hari , meremang bulu roma.. Samada sekadar mainan perasaan atau …

Yang pastinya , baru baru ni .. aku lalu depan rumah tu , malamnya aku mimpi seram.. Aku terjaga jam 3 pagi dan tak nak tidur dah ! Kenapa ? Bila tidur , mimpi aku tu bersambung berkali kali .. Sangatlah mengevilkan aku .. Bestnya , bila aku terjaga.. Aku terus update status pasal mimpi aku tu.. hehe .. Sat nak carik ..

Tak jumpa dah .. Tapi aku masih ingat.. Mimpi tu berkisarkan sebuah asrama yang mana belakang asrama tu terdapat sebuah rumah besar yang tak siap dan di depannya ada kawasan lapang yang ditumbuhi lalang ..

Setiap malam , mmg akan terdengar suara , bayang bayang dan adakalanya ternampak perempuan berambut panjang berdiri di tingkap sambil memegang sesuatu.

Pelajar yang dah lali dengan situasi tu sedaya upaya buat tak tau tapi akhirnya keadaan jadi kucar kacir bila ada yang dah meracau tak tentu arah.

Akhirnya bantuan pawang atau bomoh digunakan. Rupanya , di kawasan tanah lapang tu punya misteri yang dasyat ! Dikorek tanah tu , terdapat puluhan rangka manusia !

Tadaaaaa … takut tak ? Haaaa … Aku kata dah ! 3 kali bersambung wehhh .. Aku tak leh nak tidur sbb confirm sambung mimpi tu .. Grrrr…

Wife baru suh gi tapau maggie kambing .. Heee.. Aku kata esok je la makan.. Bukan pe , Qhaliff dok tidur .. Paham paham je la.. lewat sangat dah ni ..

You May Also Like

13 comments

  1. Woih seram kalau aku pindah terus

    BalasPadam
  2. hahha mana lewat awal lagi ni ngeeee...takutlah tu(gurau je)owh kwsn tu mmg sunyi skt.mak saya yg duk kt area desa vista ats bukit tu.lagilah mcm2 crta melibatkan benda alah tu alahai.dh ats bukit mmg tmpt benda tulah huhu...

    BalasPadam
  3. dah malam2 nak pergi beli makanan nampaknya tido jelah kalau agak2 dah gigil perut dah menyanyi goreng telo jelah at umah.....daripada ternampak muka x siap terus demam seminngu kang lagi susah...... :D

    BalasPadam
  4. Huh... seramnyer... take care ben n fmly.... bykkan bc al quran kt umh...

    BalasPadam
  5. Boleh ni bang ben, kasi David Teoh buat filem..kompem seramnya punn~

    BalasPadam
  6. Memang menakutkan, baca ayat Kursi banyak-banyak, mengucap syahadah banyak-banyak. Moga Allah bantu. Saya pun terasa takutnya.
    RinganTangan.com

    BalasPadam
  7. panggil geng2 seekers siasat...hehehe

    BalasPadam
  8. Rasa seram je cuba amalkan pasangkan ayat al-ruqyah selepas asar n magrib..insyaAllah akan terhindar dari segala gangguan..itu apa yg ustaz sy pesan waktu semsa study f IPT..

    http://www.wadahberbicara.my/

    BalasPadam
  9. lewat sgt kerrr.. penakut... bukan takutt.. seremmmmm

    BalasPadam
  10. Maggi kambing tu lagi seram, tau!!!!

    BalasPadam
  11. Abg Ben buat skrip, bg kat mana2 pengarah buat filem... Box office jugak la nanti...hikhikhik

    BalasPadam