2017 JAL Business Development Trip : Hari 3 dan 4

by - Selasa, November 21, 2017


 Gambar rumah bersalji ni dari Wikipedia







Ok... hari ke 3. TENKYO-KAKU - The Palace Of Heaven's Mirror .Aku teruja kat sini sangat ! Sejarah rumah ni sangat menarik perhatian aku. Rumahnya yang bercirikan barat ni agak mengagumkan aku. Dalam rumah ni lagi menarik. Memang ciri ciri barat amat terserlah. Dibina sekitar 1902 , perhiasana dalamannya banyak diimport dari England. Rumah ni milik kerabat diraja. Terletak berdekatan dengan Lake Inawashiro. Baru saja dibuka untuk orang ramai.

Maklumat lanjut , boleh tengok di http://www.tif.ne.jp/tenkyokaku/index.html 

Selepas tu , perjalanan diteruskan.. Berhenti shopping jap kat Innawashiro Railway Station. Aku tak shopping sebab nak shopping kat Tokyo nanti ! Hahahaha..


Selesai shopping kat sini , terus ke stesen untuk menaiki Shinkansen dari Koriyama , menuju ke Tokyo. Dan dari Tokyo naik JR ke Shinagawa. Dan menetap di situ untuk dua malam. Hotel kali ini ialah New Takanawa Prince Hotel. 



Tiba di Tokyo...Check In . Dan hotelnya.. wow ! Antara hotel yang terbaik di sini. 





Berehat jap... Dalam 4 petang tu, berkumpul semula.. dan ke Shinjuku. Satu permandangan malam yang sangat menarik. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Tak amik tau orang sekeliling. Dan terhindar dari asap rokok sebab kalau ada yang nak merokok , ada satu tempat khas untuk mereka merokok dan jauh dari orang ramai ! Huhuhu.. 

Dan buat kaki pertama , aku berani merayau sorang sorang ! Hahahaha.. Risau tengok orang ramai kat sini. Aku mudah panik ! Hahahah.. Maklumlah , bukan tempat aku ni kan.. Pertama kali datang . Jangan memandai mandai ! Tapi alhamdulillah, segalanya selamat. Takda sapa kacau pon. Asalkan jangan cari pasal kat sini. Heeee..




Dalam jam 10 malam , balik ke hotel. Berehat. Dan awal pagi , bangun dah ! Sarapan yang sedap di hotel ni. Banyak pilihan dan sangat sangat berbaloi ! Aku makan dengan kenyangnya. Hahahaha.. Best best ! Sebab malam tu , aku makan mee segera yang di beli kat 7 Eleven. Saja nak makan mee segera diorang. Amik yang sayuran dan seafood jer.. Donut pon sedap ! 

Ke Muzuim Japan Airlines ( Sky Museum ) dan Hangar JAL.

Pengalaman yang sangat berharga diperolehi di sini. Dan dapat melihat sendiri bagaimana disiplinnya mereka bila berada di tempat kerja. Kalau nak diikutkan , Jepun dan Malaysia tak banyak beza tapi disebabkan mereka berdisiplin , mereka senantiasa berada di hadapan kita.

Di sini , segala mengenai Japan Airlines dipaparkan. Penerangan diberikan dengan terperinci. Kami tak dibenarkan amik gambar je la.. Heeee. Nak amik tu boleh tapi tak boleh post ke media sosial. Bagus gitu. Keselamatan. 



2 hari yang cukup berharga. Sehingga kini , ianya masih berada dalam ingatan aku. Cukup segar. Cukup cantik. Dan cukup bermakna. Kalau tanya aku , apakah aku akan kembali ke Jepun , pastinya akan aku bawa keluarga aku bercuti di sini. Tiada masalah dah terutama bab komunikasi. Mereka dah bertutur dalam bahasa English terutama di kaunter kaunter penting. Tahniah !

Nak tinggalkan Jepun , berat hati. Tapi Malaysia dah melambai lambai menyuruh pulang ! Hehehehe..  Moga bersua lagi Jepun ! 

You May Also Like

26 comments

  1. Rumah agam tu ek yang seram je bile masuk?

    BalasPadam
  2. Harap suatu hari nanti sampai ke negara otomen n nobita jugak..

    BalasPadam
  3. Seronoknya..bila la nak jejak kaki kat Jepun

    BalasPadam
  4. Seronoknya..bila la nak jejak kaki kat Jepun

    BalasPadam
  5. Wow, mereka kebanyakkan boleh berkomunikasi bahasa Inggeris tu yg julia kagum sgt...sebab selalu bila kata negara matahari terbit ni mereka agungkan bahasa mereka dari bahasa asing...kagum melibat rumah bersejarah tu, perabot semua unik, suka lihat dekorasi yg nampak simple dan mewah...shinjuko ben merayau...ishh kadang2 seronok bawa diri kat tempat orang ni ben...merayau adalah remedy melihat pelbagai budaya dan masyarakat disana...

    Rasa nak ke jepun pulak hahaha tp baca entry ben pun dah rasa emosi sudah sampai wpun jasad di Malaysia.

    BalasPadam
  6. wahhh best nya...kalau dapt ke Disneyland tokyo mesti lagi best kan... part makan sekenyangnya tu mmg awesome...hahah

    BalasPadam
  7. Seronok baca pengalaman Aben ke Japan.. Moga ada rezeki ke sana jugak.. hehehe..

    BalasPadam
  8. bila tahh nak ada peluang rezeki mcm aben ...... syook baca trip aben ni

    BalasPadam
  9. Jepun ...antara yang menjadi sebutan sebab budaya..cara hidup...dan yang paling Sal nak tau gaya kerja. Teknologi Jepun pun not bad jugak la

    BalasPadam
  10. Baca cerita aben, tetiba semangat nak kumpul duit g Jepun...

    BalasPadam
  11. Kalau tgk gambaq ja tak baca, tak sangka rumah tu kat Jepun

    BalasPadam
  12. Salam. wah seronoknya abg ben. Jepun mmg dah masuk wishlist lama dah. tp taktaulah bila dapat pgi

    BalasPadam
  13. bestnya tengok bangunan2 lama di Jepun, menyeramkan pun ada

    BalasPadam
  14. Bestnya .. bangunan memang nampak bersejarah , ada ke org Jepun brani kacau aben ahaha

    BalasPadam