Aku dah tak larat tapi... - BEN ASHAARI

Aku dah tak larat tapi...

Sejak balik dari Jepun ari tu , aku terima banyak jemputan. Alhamdulillah , rezeki.. Rehat panjang ari tu lepas raya haji. Sekarang dah mula sibuk. Banyak job nak disettlekan. Penat. Dan minggu ni, berderet ulang alik Sepang- Putrajaya - Cheras- Putrajaya- Sepang. Bayangkan berapa banyak tol dan petrol digunakan. 

Bukan saja saja jenjalan tapi kerja. Segalanya atas dasar kerja. Awal pagi , jam 4.30 dah bangun. Kejut wife atau dia yang kejutkan aku. Bersiap. Ada kalanya , aku sambung tidur jap. Sangatlah penat ulang alik yer ! Penat sangat.  Pastu g event lagi. Dan adakalanya malam baru balik. 


Tak kisah penat semua ni. Dah ada 'kerja'. Nak tak nak kena buat. Bukan kejar glamer tapi untuk kekalkan reputasi dan juga nama. Kalau nama dah mula tenggelam , sakit nak naik balik... kan ? Haa.. maka kena kerja keras selagi dalam bidang ni. Atau kalau malas , bersara je la. 

Esok.. aku nak rehat. Siapkan beberapa entri pastu ada review hotel. Settle semua , balik Kelantan beberapa hari sebelum balik KL semula. Ada jemputan lagi untuk ditunaikan.  InshaAllah. Bila nak gi gym semula pun tak tau laa.. perut dah melebihi dada dah ni... huhu..

3 ulasan:

  1. jgn perut tu mcm org mengandung sudahhh.heheh

    BalasPadam
  2. Semoga bertambah rezeki. Saya yang buat secara part time pun kadang-kadang kelaut. Bro memang hebat.

    BalasPadam
  3. Makin murah rezeki Aben, tapi jangan lupa jaga kesihatan jugak.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.