Bila digigit pacat dan kenapa kegatalannya berminggu lamanya ?



Tergaru garu kat celah kaki aku. Makin digaru makin menjadi kesedapnya. Tau tau luka ! Aduhhh.. sebelum luka , dia mengelembung cam baru lepas digigit semut api ! Pelik laa.. apa kes ni ? Rupa rupanya , bukan aku sorang jer ! Geng yang gi redah hutan kat Raub ari tu , turut sama 'menikmati' kegatalan cam aku kena gak ! 

Punca ? Pacat ari tu laaa ! Adussss... Memang kena tempat dia gigit tu ! Tapi kan dah kering ? Apakah gigitan pacat ni mengandungi bisa ? Apakah ??? Aku pun menyiasat dengan mengoogle je.. hehe.. google je la nak oiiii ! 

Mengerikan ! Hahaha.. Lain kali , nak masuk hutan , sila sediakan peralatan sepatutnya untuk redah hutan. Jangan suka suka pakai sandal cam tu haaaa.. Kan dah kena dah ! Baru ada akai ! Bila teringat balik , eh... tak pe la... korang je la masuk. Aku tunggu kat sini sambil kira berapa ekor pacat lalu lalang kat sini.. Hahahaa.. 


Ada banyak petua sebenarnya kalau nak elakkan pacat ni gigit kita bila masuk ke hutan. Kalau rajin google , korang akan baca macam macam petua. Antaranya guna Ridsect.. sembur kat kasut atau stokin. Tak pun guna perfume.. katanya laa .. 

Kalau dah kena gigit dek pacat , jangan tarik terus. Biarkan dia kenyang dan jatuh sendiri. Atau ada yang kata guna abu rokok dan sebagainya. Macam macam petua ada.. Tapi macam aku dan kawan kawan yang masuk , tangan kosong atau sekadar dengan batang selfie tu.. acaner ? Main tarik je laaa kan ? Haaa... 

Punca jadi gatal tu disebabkan main tarik tu laa. Dikatakan taring atau gigi palsu dia tertanggal lalu berada di tempat dia gigit tu ! Haaa... Sebab tu gatal tu makan berminggu lamanya ! Berminggu lamanya yer ! Haaaa... Kalau digaru , makin menjadi malah boleh jadi teruk. Maka dapatkan ubat yang sesuai yer samada di farmasi atau gi klinik jer. Ada yang kata buh je minyak cap kapak.. atau kapakkan je kaki tu ! Hahahaha.. Jangan woiii ! Jangan dikapakkan kaki tersebut. Buh minyak jer. 

Cara betul untuk alih pacat yang sedang gigit kaki anda
  • Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
  • Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
  • Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
  • Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
  • Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
  • Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.

Kena pacat tu , biasa je la. Tapi perlu ada ilmu untuk 'gugurkan' pacat tu... atau akan menderita berminggu lamanya.. seperti aku dan 'mereka' itu ! Heheheeee... Secara tak sengaja kan... aku pakai losyen Cetaphil yang aku dapat ketika review produk ni satu tika dulu.. Sebab aku pakai , gatalnya tak tertahan. Teringat aku pernah gatal dek kena gigit dan pakai lotion ni , gatal aku tu hilang.

Yer... semua bengkak tu surut , tak sampai beberapa jam ! Woww.. aku baru perasan sebenarnya. Terus aku kemaskini blog aku ni. Korang yang kena gigit dan tak hilang gatal tu , boleh cuba.. kalau tak hilang gak , sila jumpa pakar pacat !



20 ulasan:

  1. Garam je beben.... Settle, golek² la pacat tu.... Tapi masa aritu, mana tau situ banyak pacat!
    Hahahhahahha....

    BalasPadam
  2. Aku lah 'mereka' itu... Huhuhu...selamat menggaru...😁

    BalasPadam
  3. Adoi ngeri pulak igt, pacat je pun kawan saya kata. Dia tk pernah kena haha siksa oi sbb mse tu tarik lelaju sbb tkut haha tk d ilmu kan huh

    Salam kenal abg ben, saya Sofea :)

    BalasPadam
  4. alamak ke mana lah pergi sampai ada pacat..jauh nya berjalan bro..hehehe pengalaman tu..

    BalasPadam
  5. Sepupu PC kena gigit pacat melarat jadi kudis..sebab gatal digaru..luka...ke hospital peginya.

    BalasPadam
  6. Kena cari nie pakar pacat. Hahahahaa

    BalasPadam
  7. suka produk cetaphil, kulit kering dan gatal pakai produk cetaphil jer.

    tak best pasal pacat memang tinggal parut sampai sekarang. naik gunung bertahun lepas still ada parut. nangis jap!

    BalasPadam
  8. skrg musim hujan kat kat trg..rumput kat rumah panjang..mak aih..ramainya rakyat dia.. ritu anak ajak tidur kat ruang tamu ramai2..last2 ,masa nak tidur nampak bendak hitam kecik bergerak.. alamak..anak pacattttttt..nak pengsang rasanya.. fobia dah nak tidur luar..acaner la dia boleh naik atas rumah..padahal dah tinggi.. ni mesti tumpang kucing niii..

    BalasPadam
  9. OOO.. baru tau. dh lama tak kena pacat ni. tp kalau kena mmg gatal

    BalasPadam
  10. Saya tak pernah lagi kena gigit pacat. Hahaha...

    BalasPadam
  11. Eiii.. Geli pacat. Nasib baik dapat tips ni.

    BalasPadam
  12. Masa kecil saya selalu juga ikut mak menoreh getah, terutamanya ketika cuti sekolah. Bila digigit pacat, kami guna cuka getah tu. celup hujung ranting kayu ke dalam botol cuka getah, lepas tu letakkan pada muncung pacat tu. terus jatuh. Tapi hati-hati, jangan terkena kulit, sebab cuka getah tu berasid. Pedih.

    BalasPadam
  13. Ya ampun, gelinya nak cabut pacat, nak tunggu dia kenyang pun haru juga huhu

    BalasPadam
  14. tak pernah kena gigit pacat..moga dijauhkan lah..huuuu

    BalasPadam
  15. Kalau kita kena gigit memang tak akan buang sendiri, mesti suruh orang. Geli aihhhh!

    BalasPadam
  16. Untung la boleh tarik sendiri pacat tu. Sye dulu selalunye dah telambat. Tau2 je dh meleleh darah. Haha.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009