Buat apa guna blogger ???

by - Sabtu, November 18, 2017

Mentaliti orang kita... masih belum yakin dengan kemampuan blogger untuk membantu mereka dalam perniagaan mereka. Tau tak apa kesilapan mereka ? Bila guna blogger , bisnes mereka akan laris ! Kenapa ? Sebab blogger ramai followers ! Mereka 'diajar' makin ramai followers , makin mudah untuk 'menjual' produk pada followers mereka ! Hurmmm...

Blogger bukan tak boleh membantu melariskan produk perniagaan tetapi kena faham... nak iklan kat tv pon , bukan sekali dua je papar kat tv tu.. kena berkali kali. Tengok Qu Puteh tu... sampai berjuta dia punya bajet ! Ni , baru bayar blogger seratus dua.. atau seribu dua terus nak produk laris sampai abis stok gitu ! 
Bagi sesetengah orang kita.. blogger cuma pandai buat kontroversi atau sebarkan fitnah ! Tapi bagi 'mereka' yang tau betapa berpengaruhnya blogger ni , tak kira la apa bangsa sekali pun blogger tu.. mereka punya 'aura' tertentu dan mampu beri impak pada produk mereka. Yang penting ialah strategi! Kalau harapkan 100% dari blogger, memang akan hampalah jawabnya. Perlu bijak merancang.

Dan sekarang, aku nampak laa... bajet ciput tapi nak kaya raya hasil perniagaan. Bukan tak boleh , tapi kena tau gak kekuatan produk tu dan juga founder tu sendiri. Zaman sekarang, agen yang kena rajin buat promosi.. Founder cuma perlu bijak menggunakan segala keuatan yang dia ada.. heee...
Kesimpulan.. medium apa jua nak digunakan untuk buat marketing , anda perlu bijak merancang. Kalau nak berjaya, jangan kedekut la sangat. 

You May Also Like

13 comments

  1. Setuju dgn Ben..usaha tanpa putus asa kunci kejayaan..kena sentiasa positif dan sentiasa usaha. Pasti ada hasil jerih payah itu..Saya suka medium blog.Ada kelebihannya..saya serasi dgn blog.Rugi yg tak belajar blog ni..

    BalasPadam
  2. betul gunakan medium yang ada dengan cara yang betul.

    BalasPadam
  3. Blogger pun mempunyai pengaruh yang hebat..

    Pengiklanan tujuan utama mewar warkan sahaja..

    Urusan melariskan adalah bahagian jalan.

    BalasPadam
  4. Yalah ...betul tu kena banyakkan usaha..dan ulang iklan baru masyukk..✔✔✔

    BalasPadam
  5. Blogger ni boleh bantu drpd segi long term, bila bila orang search pasal produk tu boleh jumpa blog.

    BalasPadam
  6. betul. Kalau nak produk laris, jangan kedekut keluarkan budget untuk marketing

    BalasPadam
  7. Setuju sangat, blogger cuma membantu. Nak laris strategi marketing kena bagus!

    BalasPadam