Gegar Vaganza 4 : Berdua lebih baik


Minggu lepas aku tak update. Tak sempat. Minggu ni agak menarik tema dia. Semakin mencabar musim ni. Penyanyi yang tak mencabar , dah pun keluar... heheeee... Dan rasanya semua peserta dah mula tunjuk taring dan dapat rentak. Apakah tema kali ni memberi lebih kehangatan ? Heeee.. Layan jap nooo.. pastu komen dari aku yang amatur ni. Sekadar komen aku jer. Korang tak setuju , tak pe.. kita tak dapat Pamoga pon dari DSV.. hehehe.. Tak yah gaduh gaduh nooo.. Dan pengacara serta Dato' Ramli MS dah jaga bahasa. Terbaik !

Tia Jinbara - Aweera
Lagu : Arjuna Mencari Cinta -
Komen : Menarik. Gaya tersendiri. Takda kritikan dari aku. Layannn ..

Aqasha - Tomok
Lagu : Cinta Ini Membunuhku
Komen : Ok... Ok jer.. nasib baik ada rupa !

Firman - Misha Omar 
Lagu : Biar Jadi Kenangan
Komen : Gabungan yang menarik. Macam aku kata dulu , Firman adalah peserta kegemaran untuk ke final. Dan boleh jadi top 3.

Syura - Bob
Lagu : Selasihku Sayang
Komen : Sedap... memang makanan diorang laaa.. heeee.. Feveret gue gak ni..

Liza Hanim - Hafiz Suip
Lagu : Dirgahayu
Komen : Terbaik ! Calon juara ?

Elyana - Epul Drama Band
Lagu : Aku yang tersakiti
Komen : Lagu ok... tapi... 'macam sama' jer.


Aishah - Sam Innuendo
Lagu : Ceritera Cinta
Komen : Top 3. 'Otai' wooooo !

Haida - Ezat Lazim
Lagu : Memori Daun Pisang
Komen : Layaannn....

Hazami - Azharina
Lagu : Jangan Pisahkan
Komen : Unik.  Kelainan.  Tak tau kenapa ada yang kata suara Hazami tak sedap ? Hurm... bagi aku , boleh layan suara dia.. unik , macam kata aku tadi..

Lan Kristal - Siti Nordiana
Lagu : Naluri Cinta
Komen : Lan best kali ni... heee..

Ternyata kali ni memang sengit ! Baru terasa gegarnya !!! DSV pon tak banyak ' menganggu' ! Bagussss... baru sesuai dengan gelarannya tu ! Oh , sapa terkeluar kali ni ? Huhuhu... Aduh duh duh.... Haida , terkeluar ! Takda rezeki dia...

4 ulasan:

  1. WOW! blog berwajah baru, lepas ni makin semangat la nak update blog.. hihi

    BalasPadam
  2. Semalam Hazami, Lan, Aishah dan Liza Hanim mantap. Suara diaorang ni memang best!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009