Jangan mimpi nak maju seperti Jepun kalau..

by - Khamis, November 23, 2017

Aku dah merasa gi Jepun , 2 kali. Kali pertama , bersama trip Air Asia ke Osaka dan kali kedua , baru baru ni bersama Japan Airlines ke Fukushima. Pengalaman yang sangat menarik ! Osaka dan Fukushima sebuah bandar yang bagi aku macam Kuantan. Maksud aku , bukanlah bandar macam Tokyo... sibuk tanpa henti ! Tapi menariknya , kedua dua bandar ini tersusun dan sangatlah bersih ! 



Ada satu kejadian di depan mata aku... seorang lelaki berpakaian kemas sedang berjalan kaki di satu lorong.. tiba tiba dia berhenti dan membongkok. Lalu dia mengutip bekas minuman yang ada di tepi laluan dia tanpa rasa segan silu. Kemudian dia berlalu pergi dengan membawa sampah tersebut ! Aku macam.. WOW ! Kalau di negara kita , berapa ramai sanggup buat gitu ? 

Itu bab kebersihan.. kalau makan di restoran segera , aku yakin ramai dah tau.. diorang akan kemaskan sendiri sisa makanan mereka dan membuangnya di tempat yang disediakan. Yer, di Malaysia pon ramai dah buat gitu , hasil dari pengalaman melihat negara orang . Tahniah ! 

Satu lagi yang perlu kita pelajari sebelum kita nak bersaing dengan mereka ialah.. MASA ! Yang ni aku tak perlu nak ulas panjang la.. Ada yang buat meeting jam 2 tapi jam 3 baru start ! Di Jepun , masa sangatlah penting! Tak kira awal atau lewat , ketepatan masa tu sangatlah bermakna buat mereka. 

Ternyata di tahun 2017 dan lagi 3 tahun untuk capai Wawasan 2020 , kita masih jauh lagi berbeza dengan Jepun ! Itu belum masuk part amanah , jujur , berbudi bahasa .. part ' terima kasih' makin payah nak dengar ! 

Yer, kita makin mundur sebenarnya ! Tak perlu berbangga dengan MRT dan sebagainya. Kenapa ? Sendiri mau tau laa... Ada pengangkutan awam yang pantas pon tapi kalau tak reti nak urus masa , tak guna gak ! 

You May Also Like

3 comments

  1. Memang berbeza negara kita dan Jepun terutama dari segi kebersihan, kita ni kena lebih prihatin bab kebersihan!

    BalasPadam
  2. Tu sebab Tun M suruh pandang ke Timur. Jom Ubah!

    BalasPadam