Mereka rakus , rakyat jadi mangsa ! Pahang menanti pula ?

Hurm.... Setiap kali aku balik kampung , aku geleng kepala. Kerakusan 'manusia tertentu 'meratakan apa yang ada untuk membuat rumah mewah menjadi  bahan makian dalam hati aku ! Malah aku dapat tahu , tanah milik arwah ayah aku di Balik Pulau, Pulau Pinang pun bakal jadi sasaran nanti ! Haihh.. kena cepat cepat tukar nama kata pak sedara aku. Aduhhh... 
Gambar ni dari page Penang Online mengenai banjir yang melanda Pulau Pinang , terkini. 





Tak tau nak kata apa dah. Aku bukanlah nak menuding jari tapi negeri negeri lain kena amik ikhtibar. Kita tau sebelum ni ada beberapa buah negeri dilanda banjir teruk.. gara gara apa ? Penerokaan tanah yang melampaui batas ! Yer,  aku tauuu.. pasal taufan Demrey tu ! 
Tapi kita tau gak  kan , apa kegunaan hutan belantara , bukit bukau tu haa ! Apa gunanya pokok pokok yang ada tu haaa ! Kalau semua ditebang buat rumah , dah kau pikir apa lagi yang boleh halang air dari melimpah ditambah lagi dengan sistem pemparitan yang lemah . Yang jadi mangsa sapa ? Rakyat gak.
Gambar ni aku ambil dari Facebook Sabrina Syed , pejuang dan pencinta alam semulajadi di negara kita yang juga merupakan Presiden PEKA (Persatuan Pelindung Khazanah Alam ). Gambar di bawah ialah di Pulau Pinang , sebelum banjir. 




Hurm... yer, masa ni bukan nak cari salah sapa sapa pun kan ? Tapi kita tak pernah nak belajar dari kesilapan lalu. Kita biarkan jer. Nak harapkan satu dua pihak je berjuang untuk kita , letih gak laaa.. Jangan tunggu musibah baru nak garu kepala ! Moga Allah selamatkan Pulau Pinang. Ayuh kita beri bantuan pada mereka melalui NGO NGO yang turun membantu mereka dan juga pihak berwajib. 
Dan di Merapoh , nahhhh.. hutan simpan jadi mangsa manusia yang tamak haloba ! Apakah harta yang ada tak cukup ? Nak tinggalkan sekangkang kera je untuk anak cucu lihat 'hutan' ? Masa tu nak masuk hutan pun kena bayar ! 



Bila kawasan tadahan air 'dimusnahkan' , tunggu je la kesannya.. 
Banjir besar di Kelantan dan Pahang beberapa tahun dulu , gagal memberi kesan pada manusia yang tamak haloba ! Seperti aku kata tadi.. yang jadi mangsa ialah kita.. Mereka pedulik apa ! Cukup masa, blah gi negara lain ! Jom ke page PEKA dan lihat sendiri laa apa yang berlaku pada hutan hutan simpan di negara tercinta ni ! 
Apa peranan kita dalam melindungi alam sekitar ? Ingat.. hutan di negara kita ni sangat istimewa. 55 peratus daripada bumi Malaysia diliputi hutan hujan tropika yang kaya dengan 8,000 jenis flora dan lebih 400 spesies fauna. Hutan kita bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi lain seperti sumber ubat-ubatan, pengawalan perubahan suhu, kawasan tadahan air dan lain-lain lagi. Hutan di Malaysia disebut sebagai antara hutan hujan tertua di dunia dan usianya mencapai jutaan tahun.
Nganga lagi ? 

2 ulasan:

  1. betul sekarang ramai yang tak berfikir panjang hanya fikir nak untung jer tak tahu sekarang bumi kita dh tenat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI