Minta kerajaan pantau bangunan bangunan di Kuala Lumpur ni !

Setiap kali aku balik Kelantan , kampung wife... aku takda masalah langsung nak mencari surau atau masjid. Kiri kanan ada ! Selesa , kemas dan tak berkunci. Nak masuk solat atau singgah rehat pon tak da sapa nak jeling ! Alhamdulillah.. Rakyat Kelantan beruntung part ni.

Di Kuala Lumpur , lain skit. Nak mencari surau atau majid , memang payah. Aku rasa disko dan pub lagi banyak dari masjid. Di kawasan kawasan perumahan , boleh jumpa tapi di kawasan kawasan utama seperti Bukit Bintang , memang krik krik.. 

Shopping mall.. bangunan bangunan elit... KLCC , takda masalah ! Tahniah. Tapi ada beberapa shopping mall dan banyak bangunan.. di mana mereka tempatkan surau surau awam ? Surau awam perlu ada memandangkan kat bangunan sekarang ni ada restoran atau tempat letak parking awam. Maksud aku , pengunjung luar yg datang ke bangunan tu. Di mana mereka letak surau ? Sogo ? Mid Valley ? Pavillion ? Hurmm.. 

Ok.. baru baru ni aku gi satu event makan makan gitu. Mula jam 730. Maghrib jam 700. Solat la dulu kan ? Dan aku tanya pak guard... di mana surau ? Dia teragak agak nak jawab. Bukan tak nak kasi tau tapi macam sedikit keliru... Aku senyum..  Dia jawab , ' LG'. 

Aku guna lif ke tingkat bawah. Keluar keluar dari situ , aku tergaru kepala. Tak da tanda arah SURAU. Berpusing mencari. Terpandang ada satu kain pelikat tersidai. Aku tengok pintu. Takda tanda SURAU tapi yang aku nampak ialah anak tangga. 


Aku geleng kepala. Bangunan cantik dah. Ada restoran bertaraf gitu.. tapi kalau pengunjungnya nak solat , takkan kat sini ? Hurmm.. Ni pon pasti usaha mereka yang bekerja di sini. Haihhh.. Ni je level 'ISLAM'  di mata mereka ? 

Gi amik wudhu kat tandas.  Nasib baik ada selipar.  Solat je la. Aku ok je nak solat kat mana mana tapi apa  yang nak aku ketengahkan ialah keprihatinan pihak pemaju bila membina bangunan atau shopping mall.. di mana lokasi surau tu penting ! Perlu tau , surau yang selesa akan membuatkan ramai pengunjung ke sana. 

Kerajaan , sila la amik berat ye. Tak kisah la kerajaan Malaysia atau kerajaan BN sekali pun... ni tanggungjawab anda.  

7 ulasan:

  1. betul tu.kadang2 ada Surau, tapi kecil yg amat..smpai nak solat pon tak kusyuk sbb org blkg dok tunggu je..😂😂😂

    BalasPadam
  2. hal ni memang saya setuju sangat. banyak restoran mahal yang sediakan surau lagi teruk dari kampung-kampung pedalaman. padahal kebanyakan restoran ni ramai pengunjung islam yang datang. Shopping mall pun banyak yang belum sediakan surau proper untuk customer. sedih juga sebab kita negara islam kan

    BalasPadam
  3. Betul sangat...lagi 1 sediakan tempat ambil wudhuk khas..bukan terpaksa ambil wudhuk dalam tandas.

    BalasPadam

  4. Ada tu pula, sediakan surau, tapi tak mantain.

    BalasPadam
  5. Pegawai yang bagi ulasan untuk kelulusan plan bangunan di peringkat kerajaan tempatan perlu peka hal ini, tolong highlight sikit kat bos (muslim or non muslim), kalau pemaju submit plan bangunan tidak ada khaskan ruang untuk surau.

    BalasPadam
  6. Betul tu, kadang ada surau tapi kecik sangat. Pusat karaoke lagi besar!

    BalasPadam
  7. Kadang surau di basement. Kurang selesa. Kalau g negara luar contoh Jepun, surau pun selesa.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009