Sapa nak beli novel terbaru karya Anis Ayuni , siap tandatangan dan nama anda sendiri ?

Menariknya , tak payah nak beratur panjang untuk dapatkan tandatangan atau pergi ke Pesta Buku sama sekali ! Beli secara online jer.. Tandatangan adalah segar dari ladang.. macam aku punya di bawah ni laaa ! Heheheh..

Menurut kak Anis , novel ni terhasil dari percutian dia ke Jepun beberapa tahun lepas. Dengan kecantikan negara Jepun tu , maka terhasillah novel bertajuk " Mungkinkah Dia" ni. 2 tahun untuk habiskan novel ni. Satu cabaran untuk dia.. dan aku jugak untuk abiskan novel ni setelah berhenti baca novel , hampir 20 tahun lamanya ! Hahahahah.. Yer, aku baca karya kak Anis dulu.. kira antara peminatnya jugak la..
Sinopsis
Biarpun tiada janji syurga dan tiada janji bahagia, namun tekad di dalam hati, Nisa ingin setia dalam berkasih. Meskipun, harum cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan Nisa terasa diri dipinggirkan, namun tak mahu dibiarkan ikatan cinta putus di tengah jalan.

Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pula kita yang belum buat apa-apa persediaan.

Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?
Tak dihirau, walaupun Naufal cuba mencuri perhatian. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.

Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.

Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.
Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri.

-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-

Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya?

Amacam ? Intro yang bestkan ?  Bagi yang berminat nak membeli atau nak menyokong kak Anis Suraya yang juga merupakan Pengetua di sebuah sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur , maka bolehlah ikut arahan di bawah ni..

Untuk pre order novel 'Mungkinkah Dia'. 
Harga : RM36 Semenanjung/RM40 SS termasuk pos laju.
Bayaran dibuat kepada:
Latifah binti Mohd Yusof
Maybank: 562188206230

Whatsapp ke :  012 6751100
Butiran yang perlu diletakkan dalam Whatsap :
1. Nama penuh
2. Alamat
3. No. Hp
4. Sila sertakan bukti bayaran dan tulis nama Ben Ashaari.

Dan pembelian tersbut akan layak dapat tandatangan dari Anis Ayuni.

Senang je kan ? Bukan senang nak dapat tawaran gini. Cetakan pertama lagi gituuu ! Ke korang nak beli special edition yang aku punya tu ? Harga RM1000  !! Hahahaha.. gurau jer.. RM4000 ! Ingat aku nak jual keee ? Hahahaha...


13 ulasan:

  1. xde space nk simpan books dah , pinjam aben nya baca leh ke.. hikhik

    BalasPadam
  2. dulu suka juga baca novel anis ayuni nie..cerita best2

    BalasPadam
  3. bestnye... lama tak baca novel. kene cari jugak ni.

    BalasPadam
  4. zaman anak dara dulu baca gak la novel..sanggup beli mahal guna duit belanja sekolah..hihiii

    BalasPadam
  5. dah lama jugak ta baca hasil karya kak anis ni

    BalasPadam
  6. novel best.. jalan cerita yag sangat menarik

    BalasPadam
  7. Wahh bestnya siap ada nama gituu

    BalasPadam
  8. Suka kalau novel ada tandatangan penulis.. Rare..

    BalasPadam
  9. Wahhh menarik, senang dan mudah beli online.

    BalasPadam
  10. in love dengan semua karya Anis Ayuni...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009