Aku benci KandaWaris !

Mula mula dengan butang baju Melayu dia atau stud. Aduiyaiiii.. Design design butang baju dia bikin aku amarah sungguh. Aku kena kumpul semua baru hilang marah aku ! Huhuhhu... Dah pernah tengok tak butang baju Kandawaris ? Aku nasihatkan.. jangan tengok ! Kalau tengok gak , bukan salah aku. Huhuh.. Nak tengok kat mana  ? Aku pernah tulis mengenainya sebelum raya lepas. Gi la cari sendiri. Malas nak kasi ! Apa ? Huhhh.... tau dahhhhh.. Nah , baca kat SINI

Ketika aku berjumpa dengan founder Kandawaris , dia ada cakap yang diorang pun ada keluarkan T-Shirt sendiri. Aku tengok dia pakai. Hurmmm... Tak berkenan sama sekali ! Biasa jerrrr pun tapi aku order semua design sebab duit tengah banyak masa tu. Saja nak perabiskan. Dari aku abiskan beli baju Adidas , Puma ... baik aku support produk tempatan , kan ? Haaaa... 

Maka semalam dia jumpa aku. Dia bagi laa baju yang aku tempah khas tu... tempah khas ok ! Haaa.. Aku pun tengok laaa... Bagi korang yang follow Instagram dan Facebook aku , mesti dah tau camana rupanya. Tapi tu baru sehelai.. ada beberapa design lagi ! Haaa.. Kena follow la Instagram aku



Pastu dia cakap yang di Instagram Kandawaris ada beberapa produk lagi akan dijual. Nak beli , boleh beli  kat web mereka, Kandawaris.Com.  Dan akan ada produk produk menarik terutamanya untuk wanita akan dijual di sana. Segalanya dikeluarkan ekslusif dari Kandawaris. Maknanya, tiada dijual di mana mana dan terhad ! Haaaa... Korang pakai, akan ramai bertanya punya laaa mana korang dapat ! Hehehheee... 

Sebab tu aku kata aku benci ! Hahahaha.. Aku dah tempah sarung bantal yang mana bantal aku gunakan di dalam kereta. Nanti tukar sofa baru , baru beli banyak lagi. Hahahaa.. Mesti bini aku lak marah punya. 


Aku memang gilerkan songket dan batik. Design unik dan menarik. Orang tua ? Tak la... dari muda lagi aku memang teruja dengan design design ni. Aku kan ada taman dalam hati.. eh , dalam hati ada taman ! 

Katanya, pasni ada beg shopping Kandawaris lak ! Huhhh..


10 ulasan:

  1. Wahhh memang smart sangat! Berkenan pulak kat baju tu.

    BalasPadam
  2. Menarik... tema yang perlu diangkat semula. Cantik pula dokoh-dokoh tu

    BalasPadam
  3. ina pon benci. Kreatif giler design dia tu.. cantik!! Pandai dia matching warna dan design tu

    BalasPadam
  4. Ishh benciiii lah gini...lawa lawa buat rasa nak beli, siap duit laa gini haha

    BalasPadam
  5. Alaaa... Benci la.. kenapa lawa sangat ni

    BalasPadam
  6. cantik. yes. berjaya jgk dapat butang baju melayu exclusive dorang tuh. for free! yeah

    BalasPadam
  7. pergh cantik giler design dia..simple tapi nice..nak satuu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.