Aku pun 'anti PTD' !

by - Ahad, Disember 02, 2018

Terbaca artikal mengenai penamatan kontrak dan juga penguguran  56 calon PTD pastinya membuatkan banyak sangkaan buruk terhadap kerajaan baru sekarang ni. Bila baca komen , memang sedap lemparan lemparan negatif kepada PTD ni ! Huhuhuh.. 

Bab menuding jari , 'orang kita' memang champion ! Diri sendiri punya kelemahan , terus tertutup ! Huhuh.. kan kan ? 


Ketika aku mula kembali 'memperbetulkan ' diri aku.. aku mulakan dengan menjadi guru sandaran selama beberapa tahun. Sepanjang aku bergelar GURU SANDARAN tu , tugas aku bukan saja sebagai guru ganti tetapi juga sebagai guru kelas. Kira dah macam guru betul cuma tak da SIJIL dan bergaji ciput giler ! Rezeki.. aku terima jer. Yang penting ialah pengalaman ! Hee.. Kena marah , kena maki ... kena gak ! 

Ada guru yang cukup berdedikasi. Ada guru yang setengah je dedikasinya. Ada guru sekadar asal datang , dan tunggu gaji hujung bulan. Aku terkejut gak pada awalnya tapi lama kelamaan, aku paham kenapa mereka jadi begitu. 

Kemudian , aku dapat tawaran kerja kontrak ke Kementerian Kewangan di Putrajaya , sebagai pekerja kontrak. Kerja aku ialah hantar fail tapi aku tetap bangga sebab impian aku sejak wujudnya Putrajaya ialah nak berada di dalam Kementerian Kewangan yang gah ni ! Hehehe.. Ok pe ? Tercapai gak kan ? 

Sebelum tu.. Bayangkan eh.. abis jer belajar dulu , jawatan pertama aku ialah pengaturcara komputer. Kemudian di zaman ekonomi meleset , company aku bekerja tu tutup dan menganggurlah aku untuk beberapa tahun.  Dan aku tak salahkan kerajaan pun ! Aku kena rajin berusaha untuk ubah hidup sendiri ! 

Sambung.. di Kementerian Kewangan ni , aku memerhati jer orang dan tak masuk campur hal orang lain. Sapa la aku kan ? Lebih rendah dari PAR !  Gaji kecik tapi aku tak kisah. Aku buat kerja aku iaitu kemaskan bilik fail dan hantar fail ke bahagian bahagian tertentu atas permintaan. Di sini aku belajar banyak menda terutama cara 'orang bawah' bekerja. Ada yang bagus.. ada yang merosakkan nama perkhidmatan awam ! Bukan pegawai tau ! Haaaa.. Alasan gaji kecik , buat kerja pun ala kadar ! Ek eleee.. Kalau berkira gitu kan , berhentilah kerja. Tak berkat gaji tu ! 

Manakala PTD lak , macam macam ada. Yang bagus tu , memang ada. Aku dengar jer orang bawahan ni puji dan tak juga ada yang kritik. Isu besar tu ada tapi aku takda kesahihan. Layankan je telinga ni mendengar cerita mereka. Tapi disinilah aku mula 'anti PTD' ! Hahahaa.. termakan hasutan dan kata kata gitu. Uhuk.. Hanya pandai bagi arahan dan marah orang bawah ! 

Kemudian dapat tawaran ke Kementerian Pelancongan. Di sini aku lama sedikit. Rasanya hampir 7 tahun. Alhamdulillah , unit aku ada 2 orang pegawai PTD. Dua dua memang bagus. Rajin giler. Aku respek diorang. Bila ada komen mengatakan PTD ni hanya tau bagi kerja jer , aku rasa cam.. hurm... ko ingat senang ke nak bagi arahan ? Ketika ni, sikap 'anti PTD' aku dah takda. Hormat pada semua jawatan walaupun kontrak wujud dalam diri. Kena ada team work baru boleh berjaya. Jangan one man show

Pengalaman bekerja dalam sektor awam ni menguntungkan aku. Walaupun dapat tawaran untuk sertai mereka , aku rasa aku tak layak. Bukan sebab memilih kerja tapi sektor awam ni memerlukan pekerja yang berdedikasi dan amanah. Tak kira la bahagian mana sekali pun... apa jawatan sekali pun.. kena bersatu ! Jangan anggap kau bagus , maka tak perlu dengar cakap sapa sapa pun. Ni kerani biasa pun ada perangai gini yer ! Sebab dia rasa dia ada kelayakkan cuma dia takda rezeki untuk jadi pegawai jer ! Hurm.. Kalau dah rasa bagus sangat, jangan makan gaji ! Gi buat bisnis jer ! 

Kesimpulan.. Henti hentilah menuding jari. Jika ada pegawai atau staff yang tak betul , report terus je ke saluran yang betul. Abis cerita. Bertuah anda ada pekerjaan ! Ramai dah kena buang !! 



You May Also Like

6 comments

  1. Asalam..membaca paparan Blogger Ben kali ini membuat saya terfikir,semoga kita dapat mengambil hikmah dari entri ini. Doakan yang baik2 inshaAllah

    BalasPadam
  2. Sejak dulu sampai sekarang isu sensitif soal peluang pekerjaan. Dura sendiri masih mencari kerja yang bagus demi masa depan diri dan anak-anak. Yang penting, kita usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah, ada rezeki di mana-mana.

    BalasPadam
  3. Bab teamwork julia sangat bersetuju, sedangkan julia sendiri bekerja dalam satu pasukan yang sangat besar. Tak boleh amal selfish, kita je betul orang lain salah...sampai bebila pun kita tak maju ke depan. Banyak pengalaman ben rupanya...tapi sekarang bertambah murah rezeki ben dalam bidang penerbitan layar blog. Terima kasih sbb hargai kami sebagai penjawat awam, tak kira siapa pun kita satu sama lain kena hormat dan bekerja tanpa mengira siapa punya.

    Tahniah Ben!

    BalasPadam
  4. Syukur dengan kerja yang ada sekarang, walau ada tak puashati jugak dengan pegawai tapi abaikan demi tugas.

    BalasPadam
  5. saya suka baca story mcm ni. saya pun anti ptd, tapi ada jer ptd yang OK dan jujur.

    BalasPadam