Sila pantau NETFLIX !


Netflix ni siaran berbayar tau.. Macam macam cerita best ada . Dan paling best , ianya tidak ditapis ! Haaaa... Terkejut ? Aku pun terkejut weh ! Aku ingatkan skit je tak ditapisnya tapi rupanya.. Fuh ! Macam aku cerita sebelum ni drama bersiri cerita Marco Polo memaparkan babak babak bersama gundik gundik si Kublai Khan.. Mak aihhh ! Bayangkan masa tu dok tengok kat tv bersama anak anak ! Haaa.. Terus tukar cerita lain dan terpaksa berhati hati nak memilih cerita. 

Cerita kartun pun banyak dan menarik. Anak anak suka la tapi aku kena hati hati pilih cerita. Aku tak tau la apakah kerajaan patut pantau atau ianya bebas tanpa sekatan sama sekali ! Kalau bebas , rasanya kerajaan kena fikir semula la yer.. 

Dan buat ibu bapa... jika korang ada streaming internet di rumah , sila la pantau handphone anak anak terutama yang dah boleh berfikir tu yer.. 

Hurm... 

7 ulasan:

  1. itulah,rasa pon macam nak gak netfix ni.Tapi tulah,bila difikirkan.Ermm,mmbazir dah satu hal. SEbab tak tengok tv..hihihihi. Anak-anak pon tak ajar sngat tengok kartun,sebab risau dia melekat kat tv tu,habislah mama dia tak leh update blog.Maklumlah,bkongsi monitor TV

    BalasPadam
  2. Bhai Ben,

    Pasang Firewall la kat internet connection lu tu... macam gua... gua guna Firewall Fortigate 100 untuk sekat dan kawal akses internet.

    Aper pon... kalu nak mudah dan percuma.. masukkan IP Address OpenDNS sebagai main DNS lu dalam modem router lu... Itu paling-paling cikai pon (sebab free) dapat blok banyak akses pelik-pelik....

    Jangan gunakan DNS TMnet... banyak yang bocor bhai...

    BalasPadam
  3. Aku set kan semua cerita 16+ ada password, dan biasanya cerita ni aku akan layan time anak dah tido..buat masa ni mungkin terjamin...kot

    BalasPadam
  4. Betul. Selalunya tengok dgn anak2 cerita yg sesuai utk anak2 ja. Tapi kena sentiasa pantau dan lbih berhati2

    BalasPadam
  5. Tak pernah tengok lagi movie kat Netflix ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.