Trauma memandu malam lebih lagi hujan !

Muka trauma ke ni ?

Kehidupan perlu diteruskan. Nak tak nak , aku kena memandu juga. Takkan nak suruh wife lak yang memandu kan ? Hurm... Sah sah dengan si kecik tu tak nak lepaskan mak dia. Maka aku kena gak la memandu. 

Hari hujan. Keadaan jalan licin dan tidak begitu nampak pulak jalan.  Hurm.. banyak banyak berdoa je. Mulakan perjalanan. Lancar. Sesekali ada kereta kurang ajar memancung  tanpa bagi signal. Dan paling bahaya ialah motor yang memotong secara tiba tiba. Hurm.. hela nafas panjang. 

Di trafik light , lampu merah kelihatan. Gear diletakkan pada P. Break tangan ditarik sederhana tinggi. Apakah betul tindakan aku ? Atau apakah aku patut letak gear pada kedudukan N ? Atau D dan kaki menekan break ??? Hish... 

Aku google mencari info ni bila aku teringat. 


Dari blog CarPut . Aku pinjam info dari situ untuk perkongsian yer.. 

Jika pilihan anda ialah 'D'. 

Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Jika biarkan kenderaan anda di gear D, kenderaan akan perlahan-lahan bergerak disebabkan transmisi penghantaran tork, ia semua dilakukan secara hidraulik dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Bagi aspek brek pula, brek kereta hanya mencekam tayar yang tidak bergerak jadi brek kenderaan anda tidak akan haus apabila berhenti di lampu isyarat apabila di gear D.

Bahan Bakar: Kenderaan moden mempunyai komputer yang mengawal injap udara untuk meningkatkan udara memasuki enjin supaya enjin kenderaan anda tidak berhenti. Jadi komputer dapat mengesan apabila mempunyai mengaliran udara dan ia akan menambah lebih banyak bahan bakar api. Jadi apabila anda berhenti di lampu isyarat dan gear anda berada di D, kenderaan anda akan mengambil lebih banyak bahan bakar api daripada N.

Keselamatan: Kalau gear berada di D, anda perlu pijak brek sampai lampu tukar hijau. Ia boleh membahayakan jika anda mengantuk. Tak tentu pasal tetibe kenderaan anda boleh sampai di tengah persimpangan atau langgar kenderaan di hadapan. Lampu brek anda juga boleh menganggu kenderaan di belakang anda.


Jika pilihan anda ialah 'N'.

Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Setiap kali dekat lampu isyarat, tukar gear dari D ke N, lampu hijau tukar balik ke D, setiap kali pertukaran gear ia akan menyebabkan geseran antara klac plat dan klac plat akan menjadi panas dan akan menyebabkan minyak transmisi yang kotor dan boleh menyebabkan kegagalan komponen lain.

Bahan Bakar: Kalau letak gear N di setiap kali berhenti di lampu isyarat memang boleh jimatkan minyak, tetapi jumlah yang anda jimat adalah terlalu sikit untuk dianggap sebagai manfaat. Menjaga klac plat untuk pakai dalam jangka masa yang panjang adalah lebih penting daripada menjimatkan minyak dengan jumlah yang sikit. Sesetengah kenderaaan moden mempunyai ciri-ciri penjimatan bahan api menutup enjin di lampu isyarat.

Keselamatan: Dalam keadaan kecemasan, anda mungkin perlu pandu dengan segera ada saat yang tidak disangka untuk mengelakkan diri dari kemalangan tetapi dengan gear yang berada di N, anda mungkin perlukan masa yang lebih lama untuk pandu dengan segera. Dalam saat yang cemas, anda juga boleh silap pilih gear dan langgar kenderaan di belakang anda.


Jika pilihan anda ialah ' P ' .

Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Dari D tukar ke P, klac plat perlu melalui beberapa gear. Kalau anda tukar gear dari D ke P, dan balik ke D setiap kali berhenti di lampu isyarat, kesan penggunaan pada klac plat dan pin parking atau dikenali sebagai ‘parking pawl’ boleh memberi kesan pada masa jangka yang lama.

Bahan Bakar: Sama sahaja seperti letak di gear N. Menjaga klac plat lebih penting daripada menjimatkan bahan bakar yang sikit.

Keselamatan: Bayangkan, anda letak kenderaan anda di gear P setiap kali anda berhenti di lampu isyarat dan tiba-tiba kenderaan di belakang langgar anda. Bukan sahaja bumper anda hancur, tetapi anda jugak boleh merosakkan ‘parking pawl’ anda dan menyebabkan kegagalan rangkaian transmisi.

( Maklumat dalam artikel Carput ini khas untuk model kenderaan yang tertentu. Kenderaan yang dlengkapi dengan sistem BRAKE ASSIST, fungsi iSTOP, fungsi START/STOP dan lain-lain akan menpunyai system transmisi yang berbeza. )


Korang ada maklumat ? Atau rasa rasa pendapat yang lebih bagus untuk dikongsi bersama ? Pada awalnya aku rasa baik letak pada P dan tarik handbrake tapi bila memikirkan andai kata kereta hentam dari belakang , pastinya kereta aku akan teruk punya ! Momentum pelanggaran tidak berkurangan gitu.. 

Tak terfikir selama ni kan ?

2 ulasan:

  1. Tips paling bagus sentiasa fokus dan hati2, elak kan mengantuk dan ada perselisihan faham suami isteri di kereta. Mana2 pedal seperti brek kena tekan untuk berhenti di lampu isyarat.
    Outomatik gear agak mudah rasanya..senang nak handle pemanduan. Manual sakit kaki ..bila jammed terlalu lama

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.