Mampukah Malaysia menewaskan Vietnam di sana ?

by - Sabtu, Disember 15, 2018

Aku tak rasa pasukan Harimau Malaysia berminat untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki tu pun. Apa yang mereka nak ialah menebus kembali maruah yang tercalar dan juga menjadi yang terbaik di kalangan terbaik , di Asia Tenggara ni. 

Jangan menang dengan seri ! Tebus kekalahan tempoh hari dengan kemenangan. Menang dengan kelebihan jaringan bagi aku , bukanlah kemenangan. Sekadar berjaya dalam perlawanan ni tetapi untuk rekod pertarungan , sekadar seri ! Hurmm.. 

Kita mampu ! Berdasarkan pemerhatian aku di perlawanan separuh akhir dan akhir pertama hari tu, pasukan negara mempunyai kelebihan terutama dari segi semangat bertarung. Cuma kesilapan di bahagian pertahanan yang mencacatkan perlawanan seterusnya menyebabkan gol dibolosi. 

Kita mempunyai corak serangan dan penyudah yang kreatif tapi kelemahan untuk kembali bertahan ketika diserang balas itu yang perlu diperkukuhkan. Aku part ni melibatkan stamina. Bila menyerang, mereka berhabisan tapi bila dipatahkan , masing masing terus down ! Ini perlu diperbaiki ! Pendapat aku laaa.. Kalau mereka berjaya kekalkan momentum... Vietnam mudah diatasi ! 


Malaysia mempunyai kelebihan. Bermain di tempat lawan , di perlawanan penting pastinya memberi tekanan pada tuan rumah seperti di Thailand tempoh hari. Aku harap pemain malam ni tak kira sapa pun , perlu berhempas pulas kerana peluang begini bagi mereka , amat jarang dapati. Mereka perlu buktikan kenapa mereka bermain bola dari kecil. Bukan sekadar mengejar gaji yang besar tetapi ingin meletakkan nama mereka sebaris dengan pemain pemain lagenda negara. Inilah masanya. 

Berapa jaringan ? Sapa menang ? Korang rasa ? Aku rasa apa yang korang rasa.. heee.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Dengan harapan,sokongan dan doa dari semua InsyaAllah pasti kemenangan menjadi milik kita asalkan pasukan Malaysia tidak terleka.

    BalasPadam
  2. Walau kalah, tetap sokong 100% Harimau Malaya.

    BalasPadam