Patutlah SMIGGLE jadi pilihan !

by - Ahad, Disember 30, 2018

Banyak tempat dah gi mencari beg yang sesuai untuk Qhaliff bawa ke sekolah nanti. Tinggal beberapa hari je sebelum dia melangkah ke Tahun 1. Fuh , rasa macam semalam je baru azan telinga dia. Tau tau dah nak masuk sekolah dan tak lama lagi , akan dengarlah dia 'mengajar' ayahnya pulak. Huhuh.. 

Ok... pasal beg.. Hurm.. Yang lain settle dah. Part beg ni payah sikit. Nak yang beroda atau tak nak ? Maka aku google mencari info yang sesuai. Bukan apa.. pada awalnya aku nampak macam beroda ni cam best jer. Maklumlah , dah merasa travel tapi pada masa sama beroda ni cam menyusahkan gak melainkan jika banyak barang dibawa.. kan kan ? Cuma aku tak tau lagi camana buku Qhaliff nanti. Dan bergantung pada jadual hariannya juga. Jika banyak buku yang kena bawa.. jawabnya kena fikir alternatif lain seperti beg beroda atau aku bawakkan sampai ke sekolah. Eh ? Hahahaha.. 

Nah.. ni info yang aku dapat dari TheAsianParent Malaysia

Cara pilih beg sekolah yang betul

Beg paling selesa adalah beg jenis backpack, berbanding dengan beg sling bahu atau jenis strap tangan.  
  • Pilih bag dengan padding yang baik pada bahu dan di pangkal beg yang duduk di atas tulang belakang. Tali bahu hendaklah jenis yang lebar dan boleh memastikan beg itu tidak condong ke bawah.
  • Strap dada dan pinggang sangat berguna jika beg itu sangat berat.
  • Saiz beg bergantung kepada panjang tulang belakang anak. Sazi beg harus melepasi separuh bahagian belakang anak dan berhenti di atas garis pinggang.
  • Ibu bapa juga boleh memilih beg sekolah beroda untuk kanak-kanak prasekolah kerana mereka tidak ada kekuatan untuk membawa beg yang berat.
  • Ajar anak membengkokkan lututnya apabila mengangkat beg dan jangan berpusing terlalu banyak.
  • Ajar anak untuk memasukkan buku yang lebih berat di bahagian bawah beg. 
  • Pastikan anak tidak bawa barang yang tidak diperlukan ke sekolah. 
  • Galakkan anak untuk bawa buku dengan tangan sekiranya beg terlalu berat.
  • Berat maksimum beg bergantung kepada umur anak dan tidak sepatutnya terlalu berat sehingga anak memerlukan 2 tangan untuk mengangkatnya. Sebaik-baiknya, berat maksimum beg sekolah tidak patut melebihi 10 – 20 peratus berat badan anak anda.


Aku ada tengok beg beg gambar kartun popular yang jadi kegemaran anak anak aku tapi rasa cam.. hurm... lagi pun risau kang , dalam satu kelas .ramai pulak beg sama gitu. Maklumlah , semua suka kartun tuuu. Kan kan ? 

Maka tadi.. ke IOI Mall Putrajaya la kami semua. Kat sana , ternampak kedai Smiggle ni. Aku dulu pelik la kenapa jenama ni jadi pilihan ramai ibu bapa. Nak kata cantik , aku nampak cam.. hurm. Bila aku masuk ke dalam kedai tu dan pegang barangan yang ada dalam tu terutama beg sekolah , baru aku paham , kenapa dan mengapa. 

Pastu harga lak.. lebih kurang jer ngan beg beg kartun tu. Mahal skit je pun tapi dari segi material ternyata berbeza. Yang penting ketahanannya.. Maklumlah , diorang ni kan lasak dan pastinya kena banyak bergerak nanti. Huhuh.. 



Sebab jenama ? Tak gak.. aku tak heran pun bab jenama ni tapi disebabkan dah jumpa yang ok , maka aku malas nak peningkan kepala. Angkut jer la.. Untuk Zahra , aku belikan beg kartun yang dia nak. Huhuh.. Selesai. 

Aku lak mengelabah untuk masuk Tahun 1.. sebab aku laaa yang kena hantar ambik nanti ! Huhuh.. 

You May Also Like

13 comments

  1. Wah, pakai beg Smiggle ya. the zizis pun minat juga, tapi takdelah dura belikan.. berasap poket nak belikan sekali tiga beg. hikhik.

    BalasPadam
  2. Bhai Ben...

    Dah tua aaa lu skrang... hahaha... Gua anak sulung dah abis SPM... hahahaa

    Baru nih gua beli beg Smiggle gak tapi kat Sunway Pyramid... hehehe... Isnin minggu lepas...

    BalasPadam
  3. Kalau dulu zaman PC sekolah..babah mama bila belikan beg sekolah..yang penting tahan lasak dan warna tahan kotor..hehe..tapi nama pun budak-budak..anak-anak..kadang bila nampak kawan-kawan lain macam auranya..aura mempengaruh dan terpengaruh.

    BalasPadam
  4. beruntung qhalif ada ayahnya hantar dan jemput di skolah.ayah tlg bwk kan beg.ank sy bdn kecik halus jer.beg dia mmg lg besar dr tuan nya.berdoa sgt2 ni jgn la nanti cikgu setting jadual yg membuatkan beg terlalu berat dgn buku. ank sy turun naik van skolah. van pon tinggi.silap aribulan terlentang kebelakang dak tu dlm usaha nk naik atas van huhuuu

    BalasPadam
  5. Wahhh... Mesti diaorang seronok dpt beg selesa mcm tu. Smiggle pulak tu

    BalasPadam
  6. yg mak2 pun ada jugak yg pakai..hehe

    BalasPadam
  7. Saya suka beli beg yangtahan lasak. Mahal sikit tapi berbaloi. Tak payah beli balik2..hihi

    BalasPadam
  8. Jika mampu memang kita nak belikan yang terbaik untuk anak² kan? Anak² seronok kita pun seronok!

    BalasPadam
  9. Paling penting "fulusnya".

    Ada fulus, semuanya sedap dipakai. 😊

    BalasPadam
  10. ben. nnati share la beg skolah smiggle zahra. nak tengok jugak. hehe

    BalasPadam