Pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton, Penang.

by - Ahad, Disember 23, 2018

Ini kali kedua aku menginap di hotel milik DoubleTree by Hilton ni. Yang pertama di DoubleTree by Hilton di Melaka. Ternyata memang berbaloi terutamanya bilik biliknya. Memang cukup puas dapat berehat terutama bagi mereka yang inginkan percutian tanpa gangguan.. Hahaha.. best tilam dan bantalnya ! Sebab tu DoubleTree by Hilton di mana mana saja , cukup memuaskan hati ! 

DoubleTree by Hilton di Pulau Pinang ni cukup strategik tempatnya. Terletak di Jalan Low Yat , Batu Ferrenghi dan di tepi pantai Miami yang cantik dan menarik pasti. Jika dari lapangan terbang , hanya mengambil masa 45 minit saja untuk sampai ke hotel. Kalau dari Kuala Lumpur , 4 jam memandu tanpa henti. Heee..

Aku... memandu je dari Kuala Lumpur. Hee... Best ! Banyak tempat boleh berhenti dan menikmati makanan di negeri berhampiran.









Bilik  ( King Twin Family Room )











Kemudahan

Kat DoubleTree by Hilton Penang ni ada kolam mandi untuk orang dewasa dan juga untuk kanak kanak. Memang best. Siap boleh bersantai ala ala di tepi pantai gitu. Anak anak boleh main pasir pantai yang memang dah bersih. Tak perlu risau akan kekotoran sama sekali. 

Selain dari tu , ada gym, Kids Club , spa , lounge , cafe , parking yang luas. Memang takkan boring menginap kat sini. Banyak aktiviti boleh dilakukan ditambah di sini berhampiran pelbagai tempat tempat menarik seperti Batu Ferringhi yang cukup terkenal , TeddyVille Museum , Penang Hill , Kek Lok Si Temple , Gurney Drive dan shopping mall ! 

Bagi yang gemarkan adventure , boleh ke Escape yang terletak 7km dari hotel jer. Atau Enthopia ( Taman Rama Rama ).  Taman Negara Pulau Pinang jugak berhampiran dengan hotel. Fuh , memang 2 hari takkan cukup untuk explore Pulau Mutiara ni. 
















Tarikan di dalam hotel ,  Teddy Ville Museum. 














Escape




Entophia ( Taman Rama Rama Penang )


Haaaa... Buat korang yang berminat , Hilton Asia Pacific sedang mengadakan promosi penginapan. Boleh terus ke web mereka iaitu , http://apac.hilton.com/sale .

Waktu tempahan: 12 Dec 2018 – 2 Feb 2019
Waktu penginapan : 15 Dec 2018 – 30 Sep 2019
Diskaun sehingga 25% utk kesemua bilik  di APAC


Jangan lupa follow Instagram DoubleTree by Hilton Penang ! Untuk sebarang pertanyaan atau infomasi :

Alamat : Alaa56 , Jalan Low Yat Batu Ferringhi , Penang
Tel : +604 892800
Email : DoubleTreePenang_Info@hilton.com
Web : https://doubletree3.hilton.com/

You May Also Like

25 comments

  1. Wahh bestnya ..kat dalam hotel ada muzium teddy tuu . Pasti anak2 suka . Posing sakan laaa kan . Bilik pon luas dan selesa utk satu family .

    BalasPadam
  2. Wow..sangat menarik ni..banyak tempat boleh singgah.

    BalasPadam
  3. Mewah percutian... Selesa utk keluarga... Mesti anak2 happy boleh mandi kolam dan pergi Teddyville

    BalasPadam
  4. Waah! bestnya.. Yang paling saya suka pool tu, anak-anak pun mesti suka. Nak masukkan hotel ni dalam bucket list la dulu, ada rezeki ke penang, boleh menginap di Double Tree

    BalasPadam
  5. Wahh teddyville museum tu dalam hotel rupanya...menarik!

    BalasPadam
  6. cuti2 nti boleh la dtg dgn family enjoy haha

    BalasPadam
  7. ehh...,bestnya hotel ni.Keseluruhan hotel,sangat menarik,belum lagi jejak ke sana.Silap hari tak mau pulang anak-anak ni.Ada bear tu

    BalasPadam
  8. Teddy Museum antara tarikan utama yang buat eiza rasa nak bawa family bercuti di Double Tree Penang.

    BalasPadam
  9. Pergh best giler hotel dia.. Ade macam2 kemudhaan.. Siap ade museum tu.. Bolehla masuk dlm list bila nak bercuti ke melaka..

    BalasPadam
  10. Menarik kemudahan dan tarikan yang pihak hotel sediakan.. Mesti best kalau dpt stay untuk percutian keluarga..

    BalasPadam
  11. Musium teddy tu yg best tu!! 🐻

    BalasPadam
  12. Wahhh best betul, kolam pun luas. Kemudahan pun banyak.

    BalasPadam
  13. Hotel double tree hilton memang superb. Macam2 kemudahan ada, memang syok bawa family bercuti kat sini

    BalasPadam
  14. banyak giler tarikan.. menariklah. jom family trip. heeeee

    BalasPadam
  15. Sambil bercuti ada aktiviti yang bokeh dibuat. Serinok yanat.

    BalasPadam
  16. Fuyooo. . Nanti boleh try tidur disini pula... Hihihi

    BalasPadam
  17. beben, jom laa buat trip pergi penang escape tuu ehh ehh ehh

    BalasPadam
  18. Seronoknya ade teddy museum! Fasiliti kolam dia pun nampak best ..

    BalasPadam
  19. Oh baru tau teddyville museum tu kat doubletree by hilton.

    BalasPadam
  20. cantiknya.. tengok gambar pun dah berpuas hati...

    BalasPadam
  21. Review yang sangat baik! Saya pun baru pergi bercuti bulan lepas, ke hotel Grand Lexis di Port Dickson. Boleh baca di sini --> http://www.fadhilk.com/grand-lexis-port-dickson-review-room-tour/

    BalasPadam