Pertama kali dalam sejarah , data internet aku..

by - Isnin, Disember 10, 2018

Tertanya apa kelebihan aku bila aku 'setia' dengan telco berwarna biru ni ? Bil aku bayar , awal giler siap bayar lebih lagi wooo ! Tawaran telefon percuma tu bukanlah percuma pon.. kita kena 'ikat' dengan mereka untuk 2 tahun lamanya. Andai kata ada pakej baru yang menarik , ko nganga je laa.. Tunggu abis kontrak atau kena break kontrak , boleh langgan. Hurmmm.. Break kontrak , bukan murah kena bayar ! Hampehh.. tak berbaloi setia ! 

Aku guna plan postpaid ni dah masuk tahun ke 2 atau lebih rasanya. Tak ingat. Tapi yang pastinya , data internet aku tak pernah laaaaa kurang dari 10GB sebulan. Aku amik pakej 100GB Internet + 100 GB Video Walla.. Banyak tuuu ! Memang tak abis la layan. 

Tapi bulan ni.. Gulp ! Berbaki 10 hari lagi untuk aku tahan dengan 4GB !!!! Yang mana ianya amat mustahil untuk aku. Memandangkan anak anak aku pun dok sharing internet dengan aku... termasuk wife... ini adalah sangat mustahil ! 

Ditambah lagi aku lak ada hotel review dalam minggu ni.. memerlukan data internet yang banyak sebab nak post video dan sebagainya. Rasanya aku kena Add On. Buka Aplikasi Biru tu.. tengok la part Add On. Dia punya harga Add On Internet tak masuk akal bagi aku yang guna postpaid ni ! Hurmm.. Tengok kat Video Walla.. Haa ! Murah ! Aku Add On Video Walla jer.



Hurmm.... Bulan depan aku nak try jimat. Nak tengok apakah disebabkan aku selalu sharing intenet menyebabkan data kering atau ada faktor lain ! Dan aku dapati Telco Kuning menawarkan Unlimited  Data ! Macam menarik jer. Kat rumah aku dan di Kelantan , signal mamat kuning ni cun ! Laju sampai terbabas babas. Apakah aku akan curang kepada si biru ? Setia pun tak guna ! 

You May Also Like

19 comments

  1. saya guna maxis.. dah tak guna celcom. dulu2 setia dgn celcom tapi rasanya mcm pakej dia tak berbaloi - mahal, so saya betukar ke maxis..hihi

    BalasPadam
  2. kebelakangan ni si kuning slow sikit walaupun unlimited. hukhuk..

    BalasPadam
  3. En.Ben... si kuning kalau kat area luar bandar mmg cun... kena test jugak beli yg prepaid dulu, cuba kat area rumah... sbb kdg2 si kuning yg prob dlam bandar... - ikhlas dr ex-CS si kuninnnn

    BalasPadam
  4. bukan memang pakai si kuning ke ? yee pakcik biru ni mahal giler bila add on

    BalasPadam
  5. Buat masa ni i setia dgn si biru lg... Line pun okay kat kpg...

    BalasPadam
  6. Saya pun guna data unlimited, senang.

    BalasPadam
  7. Saya pun masih setia dengan si biru walaupun sering dikecewakan.. Kalau tukar nnt sharelah yer ben..

    BalasPadam
  8. stress jgk dgn mat blue ni tp tulahh pyh nk tukar

    BalasPadam
  9. Haha samaaa pakai biru jgk tapi tgh consider nak curang ke tak haha

    BalasPadam
  10. pilihan terbaik di tangan pengguna .. rasa cun tukar je terus ..huhuhu

    BalasPadam
  11. Kat sini si biru lembab sikit kadang2 , si kuning tak try lg , kena test gak ni

    BalasPadam
  12. boleh check kat celcom life data ussage tu . tp kan bulan ni lisa pon pakai hampir habis hahahahah

    BalasPadam
  13. Saya pun dah try semua jenis line. Tapi malangnya kawasan rumah mmg bermasalah dgn mana2 line tenet. So, skg kekal line TM je huhu

    BalasPadam
  14. Kalau berbaloi apa salahnya bertukar

    BalasPadam
  15. Sy guna kuning dan oren. Guna line kuning (broadband) sbb kt uma line tu je yg laju.tp mahai nk xnk hadap je la. Line oren (prepaid) giler best klau on kat kwsan lua dr uma 😂 tp tu la mslh kt uma line dia tetiba btukar jd 🐌 haha sabo je la

    BalasPadam
  16. Ai masih setia dengan telco bewarna biru.

    BalasPadam
  17. Guna GX50 UMobile Unlimited. Tp sygnya tmpt coverage xunlimited.Redha je lh..

    BalasPadam