Apa tu ? Memula pelik giler aku dengan perkataan ‘ Gwiyomi’ tapi dapat rasa la ianya dari pembawakan remaja dari luar .. Hehehe .. Dan setelah aku terjaga dari mimpi hantu berturut turut awal pagi tadi , aku pun layan la youtube memandangkan Maxis dah peruntukan 15GB bandwith untuk aku guna pada waktu aku terjaga awal pagi .. hehe ..
“ Lagu Gwiyomi, atau Lagu Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan 18 Februari 2013. Ia telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi', dimana ianya menjadi meme Internet pada Oktober 2012 diikuti oleh penampilan pertama dalam menunjukkan pelbagai acara Korea Selatan di bawah SBS MTV bernama MTV Diary. Gerakan ini juga telah memberi inspirasi kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka tersendiri ke dalam internet. “ – Wikipedia
Aku pun tonton la bermula dari youtube satu perempuan yang tak pasal pasal jadi popular kerana kecomelannya menjadi pujaan para penonton youtube .. ehehe .. Isteri kepada seseorang dengarnya ..
Menariknya , dikatakan si suami mengarahkan isterinya menarik kembali video tu tetapi sayangnya video tu dah tersebar luas. Macam macam orang dah upload atas pelbagai nama.. Hurm.. Kesian .. Skang dah tak pasal pasal ramai lelaki tengok dah tergoda ! hahaha.. Aku ? Jangan cari pasal .. Kat rumah ada dah .. Suh je dia buat depan aku sebelum makan . Confirm kenyang .. hahaha .. Kurus aku tanpa gi gym ..
Aks dan wajahnya yang comel tu tak menarik minat aku bila menonton youtube tetapi komen komen yang ada .. Haaa.. Biasa la kan .. Ramai hero dari penjahat. Penjahat sorang jer .. Mesti yang pegang watak jahat adalah orang dalam video tu .. heehe .
Kalau nak bagi nasihat , bagi elok elok . Tak perlulah nak maki hamun atau komen sampai nak aibkan orang . Nak libatkan agama sekali pun , apa kata tegur bebaik disusuli dengan doa padanya .. Kan bagus gitu ? Ni ala ala penyamun yang serang Lahad Datu tu je aku tgk .. Haishh ..
Dan adik adik yang teringin buat Gwiyomi pasni , aku harap fikir panjang .. Aku pun teringin gak buat tapi sebelum aibkan jiran tetangga , baik batalkan niat tu je .. Tak yah laa semakan lagi youtube dengan video video tak berfaedah tu.. Baik cari idea lain untuk popular atau nak tampilkan kekiutan kita tu.. Auww..Kita okeh ..