Ada sorang kawan tegur aku.. kenapa muka aku flawless gitu ! Hahahaa. Aku tak tau la dia bergurau atau serius tetapi yang aku pasti sangat selepas aku balik dari Phuket dan amalkan pemakanan seimbang terutama dalam pengambilan sayur sayuran segar , memang terasa lain sikit pada rupa aku ni. Rasa segar dan lebih lembut dari sebelum ni !
Jangan masak atau rebus sayur tu tapi makan je gitu gitu ! Segala zat terkandung tidak rosak seperti kita makan ulam ulaman. Cuma masalahnya ialah ulam tu di makan dengan sambal belacan , budu dan sebagainya. Kalau boleh makan je ‘segar dari ladang’ ! Mulut n jari jemari pon tak berbau kan ?
Kalau malas nak makan .. buat jus !
InshaAllah korang akan terasa perbezaan dan mereka yang ada tekanan darah tinggi , kencing manis.. InshaAllah ! Amalkan setiap hari ! Lagi pun minyak masak dah naik harga kan ? Ni la masanya untuk menjaga kesihatan. Makanan makanan berminyak bukan bagus sangat pon. Orang yang amalkan sayur ni , inshaAllah kacak dan cantik sentiasa.. Tengok la orang kampung dulu dulu camana.. Segar jer .. kan kan ?