Setiap kali aku keluar rumah di subuh hari atau dalam jam 7 pagi , aku akan memandang ke langit.. Tarik nafas dalam dalam dan bersyukur.. Jerebu tiada lagi ! Terasa betapa nikmat kurniaNya ini nampak kecil tapi sebenarnya , terlalu besar ! UDARA.. hurmm..
Dalam minggu ni , aku memandu kereta setiap pagi dengan cermin tingkap dibuka. Terasa kedamaian dan nyaman sekali udara. Berbanding beberapa minggu sudah , aku terpaksa pakai topeng ! Geram betul aku !
Kalau tak mengenangkan aku kena hantar wife ke pejabat.. rasanya mau je aku lepak tepi jalan dan amik gambar matahari naik .. setiap detik tu , terpampang keindahan..
Yang pastinya, setiap pagi.. walaupun awan itu putih dan langit itu biru .. rupanya tetap berbeza.. corak yang terhasil amatlah indah dan mempesonakan !
Jika jerebu datang lagi.. aku pasti akan menyumpah seranah makluk yang tidak bertanggungjawab itu !