Ni la jadinya pada aku bila dah dapat mic ! Bayangkan depan juri pemilihan ? Perghh… Menangis juri tengok aku buat persembahan lupa diri macam ni haa ..
Video aku berkaraoke ni ada .. Kalau nak tengok , mmg tak dapat .. Aku dah deal dengan syarikat rakaman untuk mereka edarkan secara khas pada yang berminat membelinya dengan harga tertinggi. Setakat ni , ada 10 individu nak beli dengan harga melebih RM500K .. Aku tak terkejut pon.. Memang dalam jangkaan aku. Dan berharap akan cecah RM1 juta tak lama lagi.. Hurmm..Harap tak dicetak rompak la..
Poyo kan ? Hahaha.. Aku gurau jer. Ni kes naik giler ari tu.. hahaha.. Gara gara dah syok berkaraoke lagu rock kapak.. huhu .. Best best !! Kenangan indah di Agrofarmstay Resort di Melaka.