Er .. kenapa nak bahaya ? Mereka kata Malaysia antara negara yang aman di dunia. Tiada perang .. Makan cukup.. Segalanya dalam keadaan terkawal termasuklah harga barang .. Apa yang berlaku adalah kerana salah kita .. ‘Depa’ kata laaa
Hari dalam sejarah .. Aku bawak Qhaliff saja saja ‘bersosial’ dengan rakan rakan yang hampir sebaya dengannya di Taska Arina , Putrajaya.
Saja jugak aku memerhati bagaimana anak anak kecil ini berinteraksi sesama mereka.. Bukan mudah untuk kendalikan mereka ni.. Perlu ada kesabaran dan juga skill. Minda dan fizikal perlu stabil . Kalau tak , mmg boleh tergugat emosi wooo..
Alhamdulillah .. aku tengok cikgu cikgu di sini ok ok belaka.. Walaupun ada yang agak nakal tapi bagi aku , tu biasa la.. Budak budak.. Qhaliff pon agak nakal gak .. hahaha.. Budak aktif.. gitu laa.. Nakal mereka , masih boleh didik.
Qhaliff yang belum masih 2 tahun tapi aku nak tengok dia berinteraksi dengan rakan rakan yang jauh tua dari dia.. Er , 3 tahun … Hehehe.. cuba gak dia nak masuk tapi kekurangnya ialah dia masih dok cakap jerman ..
Aku di situ dalam 40 minit gitu je.. Tamo kacau cikgu cikgu mengajar kat situ .. Pastu terus balik ke Cheras..
Hurmm.. Ada rakan memberi pendapat bahawa bahaya mendedahkan di mana anak belajar di FACEBOOK.Benar katanya tu . Sememangnya aku takkan dedahkan di mana dia belajar nanti.. Tapi rasanya, itu adalah perkara mustahil.. Apa pun , kita kena berhati hati.. Jangan terlalu leka atau rasa selamat walaupun berada di dalam rumah sendiri..
Dalam kereta , dia tidur dah.. penat sangat belajar melukis ! Hahahha.. Terima kasih Arina , pemilik Taska Arina kerana membenarkan Qhaliff singgah di sana tadi ..