Aku tak kata yer .. Qhaliff yg kata .. Aku angguk jer .. Lalalala ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Aku tak kata yer .. Qhaliff yg kata .. Aku angguk jer .. Lalalala ..
Kek ditaja oleh auntie Zeema .. sedaappp wooo .. gemukkkk wooo ... Hehehe..
Terima kasihhhhh...
Sejuk.Tapi aku berpeluh ketiak aku dibuatnya ! Berpeluh sbb dia seronok benar merangkak dengan lajunya tanpa mematuhi had kelajuan sebenar ! Kalau ada kamera AES dalam masjid ni , teruk aku kena bayar saman nanti ! huhu ..
Puas aku angkat dia dan letak atas karpet ni tapi dia bersungguh nak gak ke bahagian tiles tu. Bukan apa , aku risau dia berdiri dan jatuh ke belakang.. Tetapi alhamdulillah tak berlaku .. Dia dah pandai imbangkan diri namun aku belum boleh percaya sangat kat dia ..
Sesekali bawak anak kecil dan biasakan dalam masjid , pasti nanti besar mereka tak kekok dah kan ? huhuh..
Rajin rajin ke masjid yer Qhaliff …
Sebak hati ketika membacanya .. Hurmmm … Dari Sinar Harian Online ..
“ Ketika orang lain menyambut kelahiran bayi dengan gembira dan bahagia, pasangan suami isteri Hasril Abu Hassan, 35, dan Nor Fariza Daud, 29, hanya mampu menahan air mata apabila bayi mereka, Harish Ar Rizqin, disahkan menghidap saluran pernafasan sempit, tiga bulan lalu.
Sungguhpun ujian besar itu mampu mereka hadapi dengan tabah dan sabar, pasangan itu mengakui ada ketikanya mereka tidak mampu melihat penderitaan ditanggung Harish. “ .Sambung baca di SINI
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban adik Harish serta membantunya mendapatkan mesin oksigen boleh hubungi Hasril Abu Hassan di 019-2079047 dan melalui akaun Maybank - 1620 5801 4436.
Dari sehari hinggalah ke 11 bulan lebih .. Dan hari ini , genaplah usianya setahun ! Alhamdulillah … Berjaya jugak aku buktikan yang aku boleh jaga anak tanpa guna maid .. heheheeeeee … Berkat pertolongan isteri , keluarga dan juga kawan kawan di dalam dan luar dunia maya ini ! Terima kasih !!
Dan … hari ini , genaplah setahun usianya ..
Sesungguhnya , kehadiran Qhaliff membawa sejuta perubahan pada diri aku .. Sememangnya , anak adalah amanah ALLAH .. Muhammad Qhaliff Iman bin Salbani .. Semoga menjadi anak yang soleh serta berguna pada masyarakat dan negara !
Entri pertama pengenalan Qhaliff di dalam blog .. Akhirnya setelah lebih 12 jam menunggu … Dan bacalah sejak 2 April 2012 .. macam macam aku ceritakan mengenainya .. Luahan hati seorang ayah ..
Best ! Bawak anak kecil ke sini memberikan satu pengalaman luar biasa buat mereka ! Nasib baik gi selepas cuti sekolah .. Tak la berhimpitan .. hehehe .. Amik gambar pun puashati …
Mak dia ingat , dia tak reti laaa nak tengok ikan ikan ni .. Tapi apa yang berlaku sebaliknya ! Qhaliff menunjukkan minat yang amat menarik perhatiannya dan aku , tau dah pun sememangnya dia suka.. Maklumlah , aku kan berkepit dengan dia 24 jam !!
Di sini , Qhaliff siap menjerit dan tepuk tangan lagi ! Wife dan mat salleh kat sebelah dia ketawa tengok ragam dia yang diluar jangkaan ! Aku lak , tercari cari diorang ! Diorang nunnnn depan kaca tu haaa .. Suka giler dia tengok ikan yang banyak banyak tuuuu ..
Dan , ada jugak kakitangan Aqua kenal aku.. Segan aiiii … Sangat berbaloi batalkan percutian ke Cameron sbb Qhaliff enjoy di Aqua !!
Sampai daaahhhhh Cameron kat KLCC !! Hahaha.. Kensel projek sbb aku terlalu kepenatan ..
Bawak Qhaliff gi Aqua je jap lagi ..heee..
Bersama kengkawan blogger Johor di rumah Mat Gebu dan juga team Alkaline Plus dari Future2u ..
Air alkalinya keluaran syarikat Future2u , serius bagus .. Aku dah test bagi ramai orang dan yang terbaru , aku kasi kat 2 orang kawan gym di Kementerian Belia Sukan .. Korang tau apa hasilnya ?
Mula-mula siku dia sakit .. Diikuti dengan lutut dia .. Dia dah mula bingung sbb risaukan aku aniya dia dengan air tu ! Hahahaha.. Pastu dia abiskan setengah lagi botol air tu .. Dan mula terasa perubahan !
Tau apa kesannya ? Sendinya yang selama ni sakit , dah takde lagi sakit .. Tapak kakinya yang tak leh pijak lantai tanpa kasut , dah ok sesangat ! Sebelum ni ada aku suruh dia gi buat bekam.. Dia gi , tapi kesannya skit je ..
Namun setelah minum cuma sebotol air ni , dia sangat sangat gembira malah siap promote kat wife dia ! Menariknya , sewaktu dia berbasikal petang tu , dia punya energy lain macam ! Siap boleh naik turun bukit selamba jer.. Padahal sebelum ni dia mmg tak dah tak berstamina dah .. Maklumlah , dah otai .. hehe..
Dan sorang lagi kawan aku di gym tu gak terasa perubahan .. Makin sedap pulak pump katanya ! Aku sengih je .. Aku bagitau yang aku tak jual .. Tapi kalau nak , aku leh je bagi no tel stokis yang berhampiran dan order dengan mereka ..
Tapi diorang nak aku gak tolong belikan .. Adeh .. Tak pasal pasal aku terlibat sama … Tapi ok la .. Seronok tgk kawan kawan sihat sbb aku pun dah rasa gitu gak ..
Er , kalau nak tau pasal air tu , google je dalam blog aku ni .. cari je ALKALINE .. confirm jumpa .. hehehe ..
Di saat semua orang sibuk nak gi kerja , hehehhe .. aku sekeluarga nak gi bercuti ke Cameron Highland.. Saja nak bawak Qhaliff ke sana .. Untung-untung dapat adik .. hahahahha ..
Takde la .. Qhaliff nak cecah 12 bulan yakni setahun .. Jadi, pe salahnya bawak dia ke tempat baru .. Nanti bila dia dah besar , boleh tengok balik apa yg berlaku pada dia di saat dia mencecah setahun ..
Perghhh .. Baru nak cecah setahun , daddy dia pun dia dah suruh YAMMM ( DIAM ) !!
Diam eh ?? Sunat mau ?? Dah besar dah ni kan ??