Yearghh … terkumpul sudah 50 buah .. Jom g lawat sorang sorang …
SENARAI RAKAN BLOGGER YANG TERPILIH MALAM INI IALAH :
Terima kasih ..
Yearghh … terkumpul sudah 50 buah .. Jom g lawat sorang sorang …
SENARAI RAKAN BLOGGER YANG TERPILIH MALAM INI IALAH :
Terima kasih ..
Aku pon boleh tak perasan tapi bila orang perempuan yang biasa kemas rumah , tengok belakang aku ni , macam kapal karam ! Padahal takde apa pon. Takat beg ngan bantal jer tu , dah kata semak ! Arghhh .. patut la kecik kecik dulu , lepas makan pagi aku lari keluar rumah ! Tak larat nak dengar mak aku bebel .. haahha
Tapi bagus gak ada rakan pembaca yang prihatin . Tuu , kipas aku tu .. Mmg aku nak bersihkan dari bulan lepas tapi asik tertunggak jer.. Yelah , tinggi tuu .. Nak capai , tak sampai .. Nak kena guna kerusi .. tapi tak leh gak sbb tak nampak sangat .. Bila dah dapat spek baru , segalanya teraaanggg .. hahaha .. Alasan , ok tak ?
Petang tadi , lepas aku g jemput wife .. aku mulakan serangan gerila. Aku cari sabun yang paling kuat .. aku pon serangggg … ARghhhh … Kesemua kipas dalam rumah aku bersihkan termasuk jiran aku punya sekali. Nasib baik diorang menolak .. Kalau tak satu taman punya kipas aku sapu !
Sebenarnya , aku malas nak bersihkan sbb nak pindah dah dari rumah ni . Tapi teringat lak baby nanti nak lepak ngan aku kat ruang tamu ni sambil update blog , tu aku bersihkan gak. Tunggu dia besar skit , aku suruh dia bersihkan lak .. Aku nak kasi arahan je nanti !
Aku dah dpt sesuaikan diri dgn spek nih !! Tak pening dah .. huhu .. Dan ternyata cermin transition membantu bila aku memandu di waktu panas terik ! Alhamdulillah.. seperti Superman dpt kalahkan kriptonite lak bunyinya .. hahaha
Iskh iskh iskh .. ni la dia .. Bila dah memandai mandai , jadi serupa tupai ! Kan dah menyusahkan orang . Lain kali , kot yer nak kejar trafik atau populariti sekali pon , jangan kasi jatuh maruah orang .. Tak baik .. Dosa satu hal. Aib lagi .. Cuba kasi ada bukti kukuh , baru laa buat cerita tu haa ..
“ Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Sahdes mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun pada 20 Februari lalu.
Tajuk berkenaan menurut Wan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti dan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia, dekat sini.
Dalam pada itu, Wan berkata, dia akan tetap meneruskan saman terhadap blog hiburan tersebut bagi membersihkan namanya selain memberi pengajaran kepada penulis-penulis blog yang tidak mengamalkan etika dalam menghasilkan sesebuah laporan. “ – Mstar
Hurm .. Satu pengajaran buat semua pengendali blog tak kira hiburan atau tidak agar berhati hati bila ‘memetik’ nama orang .. Tu belum lagi yang suka kutuk mengutuk dan siap pacak muka orang yg tak sepatutnya .. Heh ..
Kak Adza Irdawati , selaku penulis skrip drama ni telah mintak izin aku satu hari tu untuk guna nama aku ( BEN ASHAARI ) dalam drama Puteri Salamia ni .. Ahaa .. Rujuk entri INI
“ Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya. “
Best ke tak ni ? Kak Adza dah kasi lesen besar untuk kritik ni .. hahaha .. Jangan marah aaa … Jom tengok di TV2 , setiap Jumaat , jam 3 petang atau kalu takde tv , leh tengok di http://www.rtm.gov.my/tv2/ ..
Dan sila rujuk entri Kak Adza sendiri untuk baca sendiri … aha .. SINI ..
3Q tu apa?
Selain jubah, 1 lagi produk yang menjadi hot selling d Habibi ialah 3Q Habibi. 3Q ni comes from perkataan 3Quater..senang cakap baju paras lutut la... So far yg menjadi permintaan yg tinggi adalah dari jenis material cotton seperti
Ada juga dari material denim ..
Oh, kami ade juga yg labuh sikit dr 3Q – semijubah yg mana design ni diminati dan digayakan juga oleh Heliza Helmi..
Material yang digunakan tidaklah tebal dan amat sesuai dengan cuaca malaysia. Koleksi ini juga sesuai utk pakaian pejabat,kuliah, bersantai, atau menghadiri majlis2.
Jadi , utk dapatkan di alam maya ni, bolehlah ke..
website : www.habibi.com.my atau
Facebook : Habibi Al Kenali
Spek lama tu , masih guna bila kat rumah .. Kalau keluar dating , baru guna yg baru ..
Yg baru ni , mata aku masih belum dpt terima kehadirannya .. Semalaman aku pening .. Orang kata mkn masa skit nak sesuaikan ..
Aiyo .. pening pening lalat aku jadinya ..
Dalam gelanggang .. dia mmg buat muka cool ! Takde la nak mempoyokan dirinya .. Kat luar , dia berdisiplin ! Elakkan dari sebarang kontroversi dan masalah peribadi. Tujuan dan fokus dia , cumalah badminton dan hanya tinggal 2 saja kejuaraan untuk melayakkannya dirinya diletakkan bersama sama lagenda badminton dunia .. Ikukan , dah boleh pon tapi tak cukup selagi tak bergelar juara Olimpik dan juara dunia walaupun sekarang bergelar pemain no 1 dunia ..
Semangatnya tu yang mahal.. Pantang menyerah kalah dan cepat bangkit walaupun adakalanya putus asa .. Kalah atau menang , tu bukan tujuan utamanya . Yang aku nampak , bila dia masuk gelanggang , tak kira sapa sekali pon , dia akan telan abis abisan !
Yearghh.. LCW .. hari ni berjaya melayakkan diri ke suku akhir. Tinggal lagi 2 langkah untuk memastikan dia bergelar juara 3 kali berturut-turut All England !
Terkejut ? Tak percaya ? Percayalaah .. sememangnya ada berlaku dalam masyarakat kita , tanpa kita sedari ..
Kenapa boleh jadi begini ? Rasa rasa ? Hurm .. kalau tak percayalah kan , cuba la google sendiri dan korang akan tau .. Masa tu , jgn tergamam lak ..
Manusia semakin mengejar nikmat dunia hingga sanggup tolak nikmat yg dijanjikan Allah … hurm ..
Semalam , cukup 36 minggu . Waktu g buat med check up , doktor sahkan kandungan dan berada dalam kedudukan standby. Dah masuk ke tempat sepatutnya dan tekanan darah pon dah kembali ok .
Alhamdulillah. Bab tekanan darah yang dulu dikatakan rendah tu , wife amalkan makan kurma , kismis dan nestum saja. Walaupun ada yang suruh makan kerang , hati dan macam macam lagi tapi dia lebih suka amik yg tiga tu … Ternyata memberi kesan positif , dengan izin Allah.
Dan respon ‘dia’ dalam tu , pantang dengar suara ayah dia .. menendang nendang ! Lebih lagi bila seharian maknya di pejabat , dan dia tak dengar langsung suara ayah dia. Bila aku g jemput wife dan berbual dalam kereta , ‘dia’ pon sibuk sama laaa ‘berbual’ dengan bergerak gerak ..
Menurut wife , lagi 2 minggu untuk bagi cukup tempoh matangnya .. Tak lama dah tu .. Doktor pon dah ajar apa nak kena buat nanti .. Cuma aku je la nanti .. Apakah aku akan cuak bila tiba masanya ?
Biasanya , mmg cuak dan blur tetiba ! Gulp .. Semoga Allah permudahkan segalanya bila tiba masanya nanti. Doakan yer ..