Polis .. penjaga keamanan dalam negara ..Patut diberi penghormatan .. Tak kira masa dan tak kira tempat , senantiasa bertugas .. Tapi kerana nilai setitik ... hurmm .. tu lain kes.. bukan dalam entri ni .. tamo cerita pasal tu .. yang aku nak cerita tentang anggota polis yang sering mengadai nyawa sewaktu bertugas tapi tetap dipandang sinis ..
Pernah tengok kereta yang ditahan polis ditepi jalan ? Pasti akan ada yang tersenyum sini ... " Tu nak mintak rasuah la tu " ... Hurmm .. Kenyataankah ? Korang ada pengalaman ? Aku pasti korang ada pengalaman kan ? hehe .. Aku ? kalau ada pon takkan nak cerita dalam ni .. Bahaya..
Bagi mereka yang memakai uniform biru gelap ini , aku mmg hormati mereka lebih lebih lagi mereka yang benar benar menjalankan tugas demi negara .. Yang tak bestnya ada yang jadi riak dan gila kuasa.. seolah olah bila ada kad kuasa ni , boleh buat apa saja .. Hurm .. Entahlah .. nak kata lebih pon , kadang kadang kita pon sama je kan ?
Berkaitan dengan tajuk , 2 anggota polis cedera diserang ketika cuba menangkap warga Indonesia cuba memecahkan tingkap kereta ..tu bukti masih ada anggota polis yang prihatin dan dedikasi pada tanggungjawabnya ..Terima kasih PDRM ..