Sedap la shopping pasni kan ? Hehehe .. Bagi kad jer.. Tak payah nak guna tunai.. Sebelum ni , aku suka bawak tunai g mana mana sbb malas nak dedahkan kad emas debit aku tu .. hahaha .. Emas la sangat !
Menurut satu laporan akhbar Malaysia kini mengalami suatu revolusi kad debit dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama sama mereka .
Ok la kan ? Kalau beg kena cilok , cepat cepat call bank untuk batalkan kad tu .. Haa .. Tapi tak sure lak berapa lama nak dapat kad baru .. hehe .. Buat sementara tu , leh la pinjam dari kengkawan yang masyukkk …
Cuma aku harap , ciri-ciri keselamatan dapat dipertingkatkan terutama ketika membeli ditempat terbuka atau ada menurut satu rakan blogger dalam entrinya , kad debit dapat digunakan untuk mengisi minyak tanpa perlu masukkan no pin pada mesin pam tu .. Ahaa.. Ini tak sepatutnya berlaku kan ? Tapi , kad kredit pun gitu gak kan ? Zasss dan guna .. hurmmm.. Tau tau je , sila bayar .. Sapa suh hilangkan kan ?
Bagi aku , kad debit mmg memudahkan tapi mudah jugak rosak. Bayangkan di kala kecemasan atau ketika nak bayar , kad tak leh guna.. Malu beb kat cashier dan jugak kat orang yang dok beratur panjang .. Mesti ingat kad kita 0 simpanan padahal kad rosak . Yup , penah berlaku pada aku tapi kad kredit la .. hehe ..