Perhatikan jumlah ONLINE di bahagian sidebar , bawah sekali blog ini .. Kemudian refresh.. Berapakah jumlahnya sekarang ?
Tinggi tak ? Hurm.. Apa yang sebenarnya blogger cari bila buat blog ? Tips ? Maklumat ? Atau nak cepat .. ehem.. masyuk ? Popular ?
Sebenarnya setiap kali aku buat entri berkaitan tips atau promosi , pasti ramai akan masuk untuk membacanya .. Nak tau bagaimana dan camana.. kan kan ?
Tapi bila aku buat entri biasa biasa , hanya sedikit je yang masuk baca dan komen ..
Aku nak menjawab soalan dari YUYU ZULAIKHA ;
" macam mana nak tahu orang tu adalah pembaca setia kita? "
Mereka yang masuk dan membaca entri 'biasa' kita itulah pembaca setia kita .. Sebab entri 'biasa' kita itu adalah cerita kita .. Mereka masuk untuk mengetahui dunia kita.. kan kan ?
Satu kesilapan blogger baru kita adalah terlalu dahagakan tips untuk dapatkan trafik dan teknik nak banyakkan $$ dari iklan ... Tiada keseronokkan berblog di situ dah !
Berapa ramai yang masuk untuk baca entri ini ?