Ahaaaaa .... Pertama kali aku sokong kebijaksaan bro Zizan ! Bijak , bijak .. Jangan tewas dengan media hiburan !! Jaga maruah diri dan buah hati ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Ahaaaaa .... Pertama kali aku sokong kebijaksaan bro Zizan ! Bijak , bijak .. Jangan tewas dengan media hiburan !! Jaga maruah diri dan buah hati ..
Haaa.. Dah pandai sebut ,” Eeeeee.. eeeeeee .. eeeee “. Pastu kalau merajuk siap bawak diri ke dalam bilik ! 2 saat kemudian , keluar balik ! Hahahah ..
Dalam video ni , kalau korang tengok betul betul , ada sekali tu dia marah dan dia balas dengan attack laptop aku ! hahahahaha .. Cuma tak nampak la laptop tu .. Dia tau aku tak kasi dia sentuh , jadi dia balas dengan segera !
Sikit hari lagi dah leh bawak gi gym.. Bola pon dah ada .. Leh daddy kembali mantapkan diri. Ni dah sebulan tak gi gym .. Hurm.. Injured.. siannn . hehehe ..
Nanti boleh cakap , siap la aku !
Harga ??? Perghh .. kalau aku dulu , nak dpt sebijik bola pon susah .. Harga sama tp nilainya berbeza ! Faham tak ni ? Haaa .. kalau zaman aku kecik dulu , gaji RM900 tu dah kira lumayan woo .. Tapi skang ?
Disebabkan tu la aku belikan mereka .. saja bg sokongan kat dua anak jantan ni .. Sorang anak buah aku , sorang lagi.. anak aku sendiri laaa ..
Ori ok !!
Serius !! Sangatlah tak best hingga rasa nak tonton berkali kali !! Pastu baru best dan puas !!
Penuh dgn aksi walaupun duduk dlm panggung sambil menahan nak.. er ... Heeee .. tunggu abis baru gi tunaikan hajat !!
Menariknya , kesinambungannya nanti ! Sambung apa yg terjadi sewaktu di Tokyo Drift !!! Haaaaaa ... Dan penjahat akan datang adalah hero yang aku minat ! Huwaaaaaaa ..
Nanti nak tgk lagi laaaaaaaaaa ..
Hanya kerana video dia yang .. hurmm .. dia dijadikan artis ? Ok la tu.. Rezeki dia .. Tapi apakah bakatnya ? Meniru dan membuatkan orang ketawa dengan tingkahlakunya itu ?
Aiseyman .. kesian bila aku membacanya ..Tapi tak kisah la… hak dia .. Yang pasti aku tak berdiri di belakang dia la .. Digunakan untuk tackle peminat dia .. Bijak kan tokey tu .. hahaha ..
Dan tadi , ada aku tengok satu video sambutan hari guru , tak silap aku .. di sebuah sekolah menengah rasanya .. Area Subang.. Haaa .. Tu diaaa .. Cikgu cikgu buat parody utk kasi anak muridnya ketawa . Sekadar hiburan kata mereka .. heehehe ..
Hiburan untuk menghiburkan anak murid oleh guru mereka biarlah dengan ilmu jugak . Biar anak murid kagum dengan guru mereka bukannya ‘ketawakan’ mereka ..
Teringat zaman aku .. team cikgu lawan bola ngan anak murid .. Perghh.. mmg meriah ..
Semudah itukah kita diperbodohkan ? Aisey ..
Kecik tapi besar ! Hurmm ..
Hari ni , sememangnya penuh dengan agenda yang memenatkan .. Aku masih tidur di rumah orang tua aku bersama sama keluarga .. yakni wife dan Qhaliff .. sbbnya , risau wife bila bila masa perlu dikejarkan ke hospital. Ikutkan , awal pagi semalam dah gi.. Petang tadi pon gitu .. Penat tapi tak pe.. Demi …. auuw .. segan nak tulis .. nanti kata poyo ! Hahaha ..
Baru nak update entri , wife bagitau yang dia sakit di bahagian pinggang. Mintak aku sapukan minyak panas. Minyak panas lak ada di bilik mak aku .
Aku pun keluarlah menuju bilik mak aku. Masuk bilik mak aku , dia suakan minyak panas. Sambil tu dia bagitau yang dia sakit dibahagian tangan .. Aku tau tu mesti sbb urat belikat dia ..
Wife mintak urut .. mak pun begitu juga. Sapakah yang perlu aku urut dahulu ?
Aku bertuah memiliki isteri yg sangat memahami camana perangai aku. Dia tau aku akan dahulukan mak aku .. Dan dia tak kisah pon bila aku kembali ke bilik tidur dengan lewat sedikit.
“ Urut mak tadi .. “ .
Dia senyum jer .. Tak kisah ..
Pasang Upin Ipin , mmg lagi tamo tdo .. Pasang video bosan .. dan dan nak tidur ! Tapi bila daddy bangun curi curi nak keluar , automatik bangun gak !!
Pergghh .. tak leh lari dah pasni aku ! Kena mak n daddy dia ada skali , baru nk tidur ..
Gambar ni bukan hak milik aku . Amik je kalau nak jadikan tips .. ahahaha .. Aku pon tak tau sapa sebarkan tapi sesungguhnya tuan rumah ni marah sungguh .. hahaha.. Siann ..
Yelah , sapa tak marah kan bila harta kita dikebas tanpa sebarang notis awal dan akhir .. Cuba bagitau awal awal .. Mesti la kita simpan kan.. hehehe .. Mana ada penyangak ‘sebijak’ tu.. heeee
Aku rasa aku nak kena tampal gak kat kerata aku ..
“ Kalau ada niat mencuri atau calarkan kereta ni , lihatlah di bahu kiri dan kanan anda .. Ada malaikat sedang mencatit segala perbuatan anda ! “
Pergh .. panjang la pulak nak tulis gitu .. Hurm.. Tambah alarm la jawabnya .. hahaha ..
“ Abang.. teringin nak mangga la .. “ , pinta wife
“ Kang beli la … “ . Jawab aku.
Lalu depan masjid , ada lori kecil jual mangga . Sayangnya , aku tak perasan. Wife yang nampak dan bagitau . Aku kata nanti balik singgah beli .. InshaAllah kalau ada lagi lori tu ..
Dan terus ke hospital Putrajaya dari Cheras , selepas solat Jumaat tadi .. Selepas pemeriksaan doktor , kitorang balik semula ke Cheras .
Singgah jap di bulatan Uniten dengan niat nak beli kuih muih untuk hidangan keluarga di rumah .. Rezeki depan mata. Ada lori jual buah mangga di situ gak !
Selesai beli kuih , wife meluru ke lori buah tu. Soal selidik sedikit mengenai harga buah tu.
“ 2 biji RM 10 “ .
Wife kata lori yang jual mangga tadi , 3 biji RM10. Buahnya pon nampak cantik . Aku suruh beli je .. Mahal skit tak pe dari tak merasa langsung nanti.
Beli 2 biji. Wife seolah tak puashati dengan harga tu. Aku bagitau , alang alang dah ada depan mata , beli je.. Kang kalau kat sana , lori buah tu takde dah , camana ? Tak pasal pasal telan air liur jer..
Dia tetap kata mesti ada punya. Aku jawab , kalau ada ada la.. Kalau takde camana ? Haaa.. Ni dah beli , anggap je la dah rezeki kita ..
Dan sampai tempat tadi.. Lori tu takde.. Aku senyum ‘kemenangan ‘ ..
Mak lahirkan anak .. Jaga , belai berbelas tahun lamanya akhirnya anak kecil punya ilmu , kepakaran dan masa untuk
Hurmm .. mana satu yer ? Ada yang punya akal tapi tak mampu nak pakai. Ada yang mampu pakai tapi tak reti nak menilai. Ada yang boleh menilai tapi tak mampu nak guna .. Akhirnya ?
Jika dapat kawan atau pasangan hidup yang senantiasa menegur , alangkah bagusnya ..
‘Jangan lupa ibu kita , kawan .. ‘.
‘Dah call ke mak hari ni ? ‘.
Hurm … Entah la.. Ada yang terlupa yg mereka akan jadi ‘mak’ satu hari nanti ..
Tonton video ni dan nilailah sendiri ..
Sapu balm , mandi 3 kali sehari .. Setiap kali mandi , bersihkan hidung dia .. Dan kasi buah buahan yang ada byk vitamin C .. cam oren .. hehehe ..
Seminggu lebih gak selsema .. Kesian gak kat budak kecik ni. Dah takde , baru lega aku .. Alhamdulillah ..
Langkah , gaya jalan .. hahahaha … Amboiii … Anak beranak la katakan eh ?
Alhamdulillah .. Blogger Que Achmad (www.queachmad.com ) telah selamat menjadi suami kepada isterinya .. hehe.. Mesti la kan.. Pada sapa lagi kan ? Hehehe .. Tahniah bea !!
Terkilan aku tak dapat join majlis yang dah skit punya lama dia tunggu atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan di saat akhir .. hurmm ..
Buat Que Achmad dan isterinya , Wani .. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat .. Dan dapat banyak banyak baby eh .. hehehee..
Pastinya Que akan menjadi seorang suami yang sangat lembut , bertanggungjawab dan cool . Wani beruntung dapat suami sepertinya ..
Tahniah bea ! Happy gue .. huhu ..
Iklan
“ Tunggu la aku tua skit .. Tak puas enjoy lagi ! “.
Satu ketika dulu , aku pernah katakan begitu pada kawan aku . Pada waktu tu , aku terlalu jahil hinggakan terlalu cintakan dunia. Meriah sangat dunia ni ..
Syukur pada Allah , umur aku masih panjang hingga ke hari ini untuk aku perbetulkan satu demi satu dan niat aku di atas dunia ini ..
Timeline di FB , tweet rakan rakan dan juga entri sahabat sahabat blogger berkongsi mengenai betapa lalainya kita sering membuatkan aku berhati hati dalam tindak tanduk aku seharian.
Benar kita akan mati. Benar kita akan ditanam. Benar kita ditanya dan dihukum atas segala tindakan kita . Dan benar kita akan dibangkitkan kembali tapi aku ‘terlupa’ bagaimanakah keadaannya nanti ?
Satu entri yang aku terbaca membuatkan aku berkali kali up di Facebook untuk berkongsi rasa. Bukan niat nak riak tapi lebih pada ingin beritahu betapa janji ALLAH itu pasti !
“Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. “.
Hurm… terlupa kita kan ? Asyik dengan hiburan, leka dengan harta .. lalai dengan cinta sesama manusia hinggakan terlupa bagaimanakah datangnya kiamat ?
Bagaimana keadaan kita bila dibangkitkan nanti ? Aku tertanya selalu dalam hati .. Maklumlah , pengetahuan agama aku ciput jer ..
“ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.”
Mengigil aku ketika ni .. Kita dibangkitkan dalam keadaan jasad yang seperti sekarang ni .. Punya rasa sakit seperti sekarang ni. Bayangkan , semua manusia dari dulu hingga hari kiamat dibangkitkan .. Bagaimana keadaannya ketika itu ?
“ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat “
Astagfirullah Al’azim .. apalah nasib aku nanti. Aku keseorangan di sana . Jika amal aku banyak , pastinya aku antara manusia yang beroleh keuntungan. Jika tak ??
Sekarang ni , aku kerap mengeluh dengan bahang kepanasan .Jika panas mentari sekarang ni pon dah buat kita berpeluh peluh, bagaimana nanti di sana ?? Di padang masyar nanti ??
“ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun “.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Apakah yang akan aku lakukan di padang masyar tu nanti ? Apakah aku akan terus ditimbang segala perbuatan aku tu ?
“ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.”
1000 tahun !! Bukan 1 hari atau 1 minggu ! Apakah yang mampu menyelamatkan aku ??? Amalan yang ciput ? Dosa yang melimpah ?
Bacalah sendiri dan hayatilah sendiri kebenaran dan janji ALLAH itu di SINI .. Klik dan baca .. Kita dah tertipu dengan sandiwara dunia dan beruntunglah mereka yang telah lama mencintai Rasulullah s.a.w !
Asyik main dalam rumah je kan ? Kali ni test power kat padang lak .. Nak tengok camana gaya dia berjalan di tempat tak rata ..
Kesimpulan ? Mainnya kejap jer pastu main rumput ! Adehhh .. Tapi dah boleh main bola ngan dia tak lama lagi ni .. hehehe ..
Sayangnya kat taman perumahan aku tu , padang bola takde .. Hurmm .. Teruk betul la ..