Teruji !

by - Jumaat, Mei 24, 2013

 

Kecik tapi besar ! Hurmm ..

Hari ni , sememangnya penuh dengan agenda yang memenatkan .. Aku masih tidur di rumah orang tua aku bersama sama keluarga .. yakni wife dan Qhaliff .. sbbnya , risau wife bila bila masa perlu dikejarkan ke hospital. Ikutkan , awal pagi semalam dah gi.. Petang tadi pon gitu .. Penat tapi tak pe.. Demi …. auuw .. segan nak tulis .. nanti kata poyo ! Hahaha ..

Baru nak update entri , wife bagitau yang dia sakit di bahagian pinggang. Mintak aku sapukan minyak panas. Minyak panas lak ada di bilik mak aku .

Aku pun keluarlah menuju bilik mak aku. Masuk bilik mak aku , dia suakan minyak panas. Sambil tu dia bagitau yang dia sakit dibahagian tangan .. Aku tau tu mesti sbb urat belikat dia ..

Wife mintak urut .. mak pun begitu juga. Sapakah yang perlu aku urut dahulu ?

Aku bertuah memiliki isteri yg sangat memahami camana perangai aku. Dia tau aku akan dahulukan mak aku .. Dan dia tak kisah pon bila aku kembali ke bilik tidur dengan lewat sedikit.

“ Urut mak tadi .. “ .

Dia senyum jer .. Tak kisah ..

You May Also Like

1 comments

  1. bagi anak lelaki,,single mahupun telah berkahwin..ibu tetap yang utama,,namun bagi wanita yang telah berkahwin,,suami pula yang utama..bila suami yang utama..dan suami pula masih ada keutamaannya maka redha meredhai itu yang terbaik..

    BalasPadam