Jin mata satu kelip mata !

by - Jumaat, Mei 31, 2013

 

Alhamdulillah .. segalanya dah berlalu .. Terima kasih pada pihak Hospital Putrajaya atas segala bantuan yang diberikan walaupun ada sedikit kelemahan. Tapi tak pe.. Tiada yang sempurna kan ? Lebih lebih lagi jika percuma .. heee..

Tapi yang tak bestnya kan .. sewaktu aku nak gi amik wife tadi .. Ikut Lebuh Sentosa .. Haaa.. Kat sini ada satu jin bertandang ! Jin mata satu buat laporan sapa yang memandu lebih dari had tak kira la laju ke tak asalkan lebih dari had yang mengarut itu ..

Masa aku masuk kat simpang tu , ada amaran dah ! Zon Jin Bermata Satu ! Grrr.. Aku tertanya gak .. Papan tanda yang sebesar tu , pelancong asing faham ke maknanya sbb ianya dinyatakan dalam bahasa Melayu.. Hurmm ..

Aku perlahankan kereta .. Aku pandu di sebelah kiri sekali dengan kelajuan antara 60-80kmj gitu.. Perlahan dah tuu .. Tiba tiba , ternampak jin tu ! Aku pandang meter kelajuan kereta aku pandu tu .. Bawah 80kmj !

Berkelip la jugak !!! Adoiiii .. Dia kelip mata kat aku ke ? Atau kereta sebelah mahupun seberang ??? Letih aku camni ! Dah 3 saman AES .. Nak kena naik mahkamah la cam ni.. Aku tak mampu bayar saman .. Aku kan tak kerja … heeee …

You May Also Like

2 comments

  1. assalamua'laikum.
    hehe.. jin ada mata pakai toncet

    :p

    kalau ada kenderaan yang berdekatan, berkemungkinan bukan kereta che' ben. pasai aes tak silapnya ada fungsi zoom. dari jauh ia dah snap. tak perlu tunggu jarak yang sangat dekat.

    moga2 bukan kereta che' naa.. in sya Allah. :)

    BalasPadam
  2. 3 saman ? haha 300 x3 = 900 . haha. br1m = rm1200. ada balance lagi rm300 bro. hahahahaha.

    BalasPadam