Si anak kecil ..

by - Isnin, Mei 20, 2013

 

Hurmm .. Bila tidur , sunyi .. Bila dia jaga , mau tekanan jiwa la jap. Bukan susah nak jaga tapi kena bagi perhatian 100% di kala usia begini sbb dok suka mengutip !

Tapi bila fikir fikir semula .. Dia depan mata untuk mak ayah perhatikan tingkah lakunya .. Nanti dah jauh ?? Camana pulak ? Depan mata dah pening , bayangkan dah jauh nanti ? Hurmm ..

"(Bayi) asalnya bersih kemudian dikotorkan. Bersih sepatutnya dibersihkan dengan kebersihan iaitu diteruskan dengan pendidikan al-Quran, agama, kenal ALLAH, sayang ALLAH, berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan keyakinan. Kerana dengan keyakinan ia membetulkan akal dan nafsu,".

 

Ada satu cerita mengenai hari akhirat yang membuatkan aku rasa insaf sangat .. Kita selalu dengar cerita mengenai anak kecil yang meninggal dunia ketika dilahirkan dan menunggu ibu bapanya di depan pintu syurga kan ? Tapi pernahkan dengar keseluruhan cerita tu ? Hurmm ..

 

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui.

Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

 

Tidak takutkah lagi kita ?

You May Also Like

3 comments

  1. anak itu amanah allah, dia juga yang bakal menentukan syurga dan neraka buat kita kelak kan?

    BalasPadam
  2. Ada orang takut anak dia masuk neraka sebab dosa. Tapi kadang kadang kita lupa kita juga manusia, kita juga akan ke "sana"

    Terima kasih :)

    BalasPadam
  3. anak yang dididik dengan nilai-nilai keIslaman dan mengamalkan cara hidup islam insayaAllah akan memberi sesuatu yang kita amat perlukan di akhirat nanti.

    BalasPadam