Menjadi buah mulut pulak filem seram ni ! Disebabkan ianya diarahkan oleh James Wan , kelahiran Sarawak maka menjadi hot ? Iskhh.. takkan kot ? Aku google .. dan baca review .. Ramai mengatakan filem seram ini sangat menarik untuk ditonton. Kiranya mmg menakutkan laa .. Waduhhhh .. Aku nak tengok ? Gulp.. Sejak tua menjengah aku , aku dah semakin tak berani .. Agaknya kuota keberanian aku dah semakin nak abis kot ?? Hurmm ..
Dalam akbar hari ni ada lagi artika mengenai James Wan.. Filem seramnya lagi meletop !
“ Filem seram terbitan FilmDistrict, Insidious: Chapter 2 mengungguli carta pecah panggung, menurut perangkaan kutipan tiket.
Filem sekuel arahan James Wan yang mengisahkan tentang rumah berhantu itu mencatat jualan kutipan tiket sebanyak AS$41 juta (RM134.8 juta), tiga kali ganda berbanding tayangan pertama filem tersebut pada 2010.
Penganalisis data pecah panggung Hollywood.com, Paul Dergarabedian berkata , filem tersebut mengumpul jumlah kutipan paling tinggi untuk tayangan pembukaan pada bulan ini.
"James Wan telah memecahkan kod dalam menghasilkan filem seram yang bagus," katanya.
Pengarah Australia itu juga mengarahkan satu lagi filem seram, The Conjuring yang berjaya mengungguli carta pecah panggung pada hari tayangan pembukaan.
Pengerusi pengedaran FilmDistrict, Jim Orr berkata, jualan tiket untuk filem tersebut hampir dua kali ganda melebihi jangkaan pihak studio.”.
Sayangnya .. dalam artikal tu menulis James Wan adalah pengarah Australia .. huhu .. Apakah benar James Wan dari Sarawak ? Dan The Conjuring itu bukanlah filem pertama arahan beliau. Banyak lagi ..
Menurut Wikipedia , James Wan yang berdarah cina ini dilahirkan pada tahun 1977 , di Kuching , Sarawak dan telah pun mendapat kewarganegaraan Australia ..
Hehehehe … Baguslah .. Kebanyakkan orang Malaysia yang berjaya telah pon berhijrah ke luar negara .. Ini adalah disebabkan saranan menteri menteri kita gak kan ?
“ Tak suka , sila ke luar negara ! “. Bila dah berjaya , sibuk suruh balik ! Huh …
Dan , aku baru je download The Conjuring. Saja nak tengok .. Nak beli original , tak mampu .. duit tak de .. Cukup cukup nak bayar petrol Ron95 .. Jangan tangkap aku yer.. Nanti delete balik ..